Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Bertaut Kasih Pada Patung, Anak Monyet Ditinggal Ibu Sejak Lahir Dapat 'Hadiah' Daripada IKEA

Anak Monyet Ditinggal Ibu
Kredit: X @Ichikawa City Zoo / Threads

Bertaut Kasih Pada Patung, Anak Monyet Ditinggal Ibu Sejak Lahir Dapat 'Hadiah' Daripada IKEA

Siapa sangka, kisah tular seekor anak monyet yang memeluk erat patung Orang Utan baru-baru ini meruntun jiwa orang ramai.

Dikenali sebagai Punch, kisah monyet kecil dari Ichikawa City Zoo, Jepun ini bukan sahaja mengundang sebak orang ramai, malah menyentuh hati syarikat yang menghasilkan patung kesayangannya, IKEA.

Susulan liputan meluas di televisyen Jepun dan media sosial, Presiden IKEA Japan, Petra Fare, hadir sendiri ke zoo berkenaan pada 17 Februari bagi melihat keadaan Punch dengan lebih dekat.

Patung berkenaan dipercayai model popular IKEA iaitu DJUNGELSKOG (Orang Utan), yang digelar peminat sebagai “Oran Mama”.

Memandangkan patung asal sudah menunjukkan tanda-tanda lusuh, pihak IKEA menyumbangkan beberapa patung gantian serta tambahan ketika lawatan tersebut sebagai tanda sokongan dan keprihatinan.

“IKEA Japan Co., Ltd. telah menyumbangkan patung mainan yang biasa dibawa serta beberapa barangan lain untuk ‘Punch’, monyet Jepun di zoo dan taman botani bandar kami.

“Kami berharap patung-patung ini terus menjadi sumber ketenangan dan membantu Punch menyesuaikan diri secara berperingkat dengan kumpulannya. Marilah kita sama-sama terus menyokongnya,” menurut kenyataan di akaun rasmi X milik Ichikawa.

Kisah Punch, Si Anak Monyet Dahagakan Kasih Sayang Ibu

Punch seekor monyet macaque ditinggalkan ibunya tidak lama selepas dilahirkan pada Julai 2025.

Demi memastikan kelangsungan hidupnya, kakitangan zoo mengambil alih tanggungjawab membesarkannya secara manual (hand-raised) sambil memantau rapi perkembangannya.

Patung Jadi Tempat Bertumpang Kasih

Memandangkan anak monyet secara nalurinya berpaut pada ibu sejak lahir, penjaga zoo menyediakan selimut dan patung mainan untuk mengurangkan keresahannya.

Punch memilih patung Orang Utan tersebut.

Pada pertengahan Januari, Punch diperkenalkan kepada sekumpulan macaque di zoo tersebut.

Walaupun sudah mula berinteraksi, dia masih setia berada dekat dengan patung kesayangannya ketika menyesuaikan diri.

Lebih menyentuh hati, boneka itu bukan sekadar peneman tidur, malah menjadi sebagai “pelindung” apabila Punch berasa terancam atau “ditegur” oleh anak-anak monyet yang lain.