Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Betapa Aku Merinduimu, Sayangku”, Rintihan Suami Kongsi Hari-Hari Terakhir Isteri Tercinta Hidap Fibrosis Paru-Paru

Nur Syafiqah

Kehilangan orang kesayangan merupakan perkara yang paling sukar dilalui oleh setiap individu. Lebih-lebih lagi kehilangan orang yang sentiasa ada disamping dan menyokong kita setiap waktu.

Seorang pengguna Facebook, Saiful Hassim berkongsikan hari terakhir bersama arwah isterinya yang menghidap fibrosis paru-paru menimbulkan rasa sedih warganet.

Menurut Saiful, isterinya telah berjuang melawan penyakit ini sejak 2015 lagi selepas beberapa tahun hidup dengan hanya satu paru-paru kerana jangkitan tibi yang pernah dihidap pada 2009.

Jangkitan ini terjadi selepas isterinya melahirkan anak yang berpunca dari parut lama di paru-paru dan kesan dari penyakit tibi sebelum ini.

Melalui posting yang dikongsi, beliau sangat kagum dengan kesungguhan isterinya melakukan pelbagai aktiviti termasuk berkerja walaupun dengan bantuan mesin penafasan pada setiap masa.

Ikuti perkongsian beliau.

Sumber: Saiful Hassim