Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Pernahkah anda mendengar petua tentang rawatan kecemasan sekiranya dipatuk ular?
Antara petua yang agak viral selama ini di media sosial adalah; sekiranya kita dipatuk, langkah pantas untuk selamatkan nyawa adalah dengan menggigit atau mengunyah bahagian ekor ular tersebut.
Ia dipercayai ‘selamat’ kerana dikatakan mampu mengeluarkan bisa.
Namun, sejauh mana kebenarannya?

Mitos petua tersebut telah dibahaskan dengan terperinci oleh seorang pengguna Twitter, Mar melalui satu thread panjang baru-baru ini.
Menurut beberapa fakta yang diutarakan, petua tersebut sebenarnya sangat tidak logik dan agak jauh ‘menyimpang’.
Mari kita baca thread ini satu-persatu.
Mar juga turut memberi contoh jenis-jenis ular supaya orang tidak terkeliru.
Pernah tidak anda dengar kata-kata orang, kalau kita bunuh ular hari ini, nanti esok ada ular lain (mungkin pasangannya) akan datang serang kita, kononnya mahu tuntut kematian ular tersebut.
Berdendamlah kononnya.
Tapi, betulkah?
Zaman sekarang (mungkin), cara melawan ular dengan menggunakan belerang sudah tidak menjadi lagi.
Rupa-rupanya, ular ini ada terlalu banyak jenis tapi rupa corak mereka seakan sama.
Hal inilah yang sering membuatkan kita terpedaya, menyangka ia bukan daripada jenis berbisa.
Sebenarnya petua kunyah hujung ekor ular itu agak viral selama ini, dipercayai ia adalah petua yang ditulis oleh seorang agamawan terkenal tanah air.
Namun ada yang berpendapat, tulisan panjang mengenai petua tersebut bukanlah kata-kata asli yang dikeluarkan oleh almarhum tersebut, tetapi ia diambil oleh admin page daripada sumber yang tidak diketahui. Wallahualam.
Jadi macamana nak berhadapan dengan ular ini? Sambung bacaan ini.
Jangan terkeliru, ular senduk pun ada banyak jenis.
Menurut Mar, ada jenis ular gemar menyerang pada mata musuhnya.
Jadi, jika berlaku semburan racun pada mata, nak buat apa?
Tips diserang ular sawa
Seperti apa yang kita faham, ular sawa tidak mempunyai bisa. Jadi mungkin kita anggap serangannya tidak begitu berbahaya.
Tapi kita silap, sebenarnya serangan ular sawa juga boleh membawa kecedaraan yang amat parah jika tidak ditangani dengan betul.
Ada juga beberapa fahaman fakta yang salah berkenaan ular.
Menurut Mar, jika terkena patukan ular, perkara paling penting untuk pastikan kita terus bernyawa – walaupun terlalu sakit ketika itu, adalah jangan panik.
Begitulah sedikit sebanyak ilmu berkenaan haiwan berbisa bernama ular ini.
Semoga ilmu-ilmu yang dikongsikan saudara Mar ini berguna untuk kita semua.
Ingat, jumpa ular jangan terus lari.
Sumber: Twitter