Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Bezza Kekal Paling Laris, X50 Jatuh Tangga ke-12

Bezza paling laris

Bezza Kekal Paling Laris, X50 Jatuh Tangga ke-12

Perodua Bezza kekal catat jualan tertinggi untuk bulan Julai 2026 dengan 9,821 unit didaftarkan berbanding Proton Saga hanya 7,814 unit.

Perodua Axia, Myvi dan Alza mengisi tempat ketiga, keempat dan dan kelima. Seterusnya, Proton e.MAS 5 kekal mengungguli kereta EV dengan 2,402 unit terjual.

Antara yang mengejutkan, Proton X50 turun empat anak tangga menduduki tangga ke-12 dengan hanya 1,953 unit sahaja.

Perodua Traz pula menduduki tangga kesembilan dengan 2,244 unit untuk bulan Julai diikuti Toyota Vios di tangga ke-10.

Perodua Kekal Nombor 1

Perodua kekal menjadi jenama nombor satu untuk bulan Julai dengan 31,842 unit terjual diikuti Proton 17,018 unit.

Toyota pula menjadi jenama non-nasional paling laris untuk bulan Jun dengan 11,822 unit terjual meninggalkan Honda yang hanya 5,369 unit terjual.

BYD pula menjadi jenama EV non-nasional paling laris pada bulan Julai dengan 1,226 unit.

Intipati
  • Perodua Bezza mencatat jualan tertinggi Julai 2026 dengan 9,821 unit didaftarkan.
  • Proton Saga berada di tempat kedua, manakala X50 turun ke tangga ke-12.
  • Perodua kekal jenama nombor satu Julai dengan 31,842 unit terjual.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan