Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) hari ini telah menganjurkan Program Bicara Intelektual 2026: Kepimpinan Intelektual dalam Era Digital dan Inovasi, sebuah wacana ilmiah yang menghimpunkan pemimpin, penjawat awam, warga akademik serta masyarakat umum bagi memperkasa budaya ilmu dan pemikiran kritis dalam mendepani cabaran era digital.

Program yang berlangsung di Auditorium PNM, Aras 2, Anjung Bestari serta disiarkan secara langsung menerusi PNM TV Channel ini menampilkan YBrs. Encik Azran Osman Rani, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Naluri Hidup Sdn. Bhd., sebagai penceramah jemputan utama.

Beliau berkongsi pandangan dan pengalaman mengenai kepimpinan berasaskan ilmu, inovasi korporat, kesejahteraan mental serta daya tahan organisasi dalam persekitaran yang semakin mencabar dan dinamik.
Penganjuran Bicara Intelektual 2026 ini merupakan sebahagian daripada inisiatif berterusan PNM dalam menyediakan wadah perkongsian ilmu yang signifikan kepada masyarakat, sejajar dengan pelaksanaan Sustainable Development Goals (SDG) UNESCO SDG 4: Pendidikan Berkualiti.
Program ini turut bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pembelajaran sepanjang hayat, inovasi dan pemikiran strategik sebagai teras pembangunan modal insan negara.

Selain itu, program ini juga berperanan mempromosikan PNM sebagai sebuah institusi ilmu yang menyajikan sumber maklumat yang sahih, berwibawa dan relevan dengan keperluan semasa, di samping menggalakkan penggunaan koleksi perpustakaan berkaitan kepimpinan, teknologi dan pembangunan mampan dalam kalangan masyarakat.
PNM komited untuk terus memperkukuh peranannya sebagai peneraju budaya keilmuan negara melalui penganjuran program-program intelektual yang inklusif dan berimpak tinggi.

Usaha ini selari dengan aspirasi membangunkan masyarakat berilmu, berdaya saing dan berdaya tahan ke arah pembentukan negara MADANI yang progresif dan berteraskan ilmu.