Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Bidaan Nombor Pendaftaran Siri H Catat Rekod RM91.2 Juta, H1 Cecah RM10.7 Juta

BIDAAN
Kredit: Bernama

Bidaan nombor pendaftaran istimewa siri H mencatat rekod kutipan tertinggi bagi satu siri nombor pendaftaran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), dengan hasil keseluruhan mencecah RM91.2 juta.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, nombor pendaftaran H1 sahaja berjaya mencatat hasil bidaan sebanyak RM10.7 juta selepas proses e-bid siri berkenaan berakhir semalam.

Katanya, pencapaian itu sekali gus memecahkan rekod kutipan hasil JPJ bagi satu siri nombor pendaftaran.

“E-bid untuk Nombor Pendaftaran Istimewa ‘H’ memecahkan rekod kutipan hasil JPJ untuk satu siri nombor pendaftaran.

“Jumlah hasil RM91.2 juta. H1 sahaja dapat hasil RM10.7 juta,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Menurut beliau, separuh daripada keseluruhan hasil bidaan berjumlah RM91.2 juta itu akan disalurkan ke Akaun Hasil Disatukan Kerajaan Persekutuan.

Jelasnya, baki separuh lagi akan digunakan bagi membiayai pelbagai inisiatif Kementerian Pengangkutan (MOT) yang berorientasikan rakyat.

Tambah Anthony, siri H mempunyai kaitan dengan nombor pendaftaran teksi dan hasil bidaan berkenaan akan dimanfaatkan untuk membantu pemandu teksi serta kereta sewa di seluruh negara.

“H ini asalnya nombor pendaftaran untuk teksi.

“Maka, dengan hasil yang lumayan ini, MOT akan gunakan wang ini untuk bantu pemandu teksi dan kereta sewa dari seluruh negara. Akan ada berita baik untuk pemandu teksi minggu depan,” katanya.

Intipati
  • Bidaan nombor pendaftaran istimewa siri H mencatat kutipan tertinggi JPJ sebanyak RM91.2 juta.
  • Nombor H1 sahaja meraih hasil bidaan RM10.7 juta selepas e-bid berakhir semalam.
  • Separuh hasil akan disalurkan kepada kerajaan, bakinya untuk inisiatif MOT membantu pemandu teksi.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan