Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di 10 Negeri & 1 Wilayah Hingga Malam Ini

Hujan Lebat
Kredit: Bernama

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 10 negeri dan 1 Wilayah Persekutuan sehingga 9 malam ini.

Hujan Lebat Di Kebanyakan Negeri

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pada jam 6.25 petang, amaran sehingga jam 9 malam melibatkan Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

“Di Perak, kawasan terlibat ialah Hulu Perak, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

“Bagi Kelantan, amaran melibatkan Tanah Merah, Machang, Kuala Krai, Jeli, Gua Musang dan Pasir Mas, manakala Terengganu pula membabitkan Besut dan Hulu Terengganu.

“Di Pahang, kawasan yang terlibat ialah Kuantan, Jerantut, Pekan dan Lipis.

“Bagi Selangor, amaran melibatkan Petaling, Hulu Langat, Sabak Bernam, Kuala Selangor, Gombak dan Hulu Selangor, selain Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

“Di Negeri Sembilan, kawasan terlibat ialah Kuala Pilah dan Jelebu, manakala Johor pula membabitkan Segamat, Mersing dan Kluang.

“Bagi Sarawak, amaran dikeluarkan untuk Kuching melibatkan Lundu dan Bau, Kapit melibatkan Kapit dan Bukit Mabong, selain Bintulu serta Limbang,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, beberapa kawasan di Sabah turut dijangka mengalami ribut petir dan hujan lebat sehingga jam 9 malam.

Kawasan Pedalaman yang terlibat ialah Kuala Penyu, Beaufort, Membakut, Sipitang, Tenom, Keningau, Sook dan Tambunan.

Amaran sama turut melibatkan kawasan Pantai Barat, Sandakan, Kudat serta Tawau melibatkan Lahad Datu.

Dalam pada itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat bagi beberapa kawasan di Kedah bermula jam 7 malam hingga 9 malam.

Kawasan yang terlibat ialah Padang Terap, Kubang Pasu dan Pokok Sena.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

Intipati
  • MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang hingga 9 malam.
  • Amaran melibatkan 10 negeri dan Kuala Lumpur, termasuk kawasan tertentu di Sabah serta Sarawak.
  • Beberapa kawasan Kedah turut menerima amaran mulai 7 malam hingga 9 malam ini.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan