Bila mula berniaga, dapat satu atau dua pesanan sehari pun dah cukup buat kita rasa seronok.
Tapi bila bisnes semakin berkembang, jumlah pesanan pula makin bertambah, cabaran yang datang bukan lagi sekadar nak pastikan stok cukup.
Antara cabaran seller yang perlu difikirkan adalah soal penghantaran.
Bayangkan daripada hanya perlu pos beberapa bungkusan sehari, tiba-tiba kena urus ratusan pesanan dalam tempoh yang singkat.
Kalau sistem penghantaran tak mampu catch up dengan bisnes, benda ini boleh memberi kesan kepada operasi dan feedback pelanggan.
Nak berkembang, kena boleh hantar lebih jauh

Cabaran bagi seller online, pelanggan hari ini bukan lagi datang daripada kawasan sekitar sahaja, malah ada yang mungkin membuat pesanan dari negeri lain.
Sebab itu, kawasan liputan yang luas menjadi antara perkara penting untuk sesebuah bisnes mahu berkembang.
Dalam hal ini, BEST Express Malaysia menyediakan liputan penghantaran ke seluruh Malaysia bagi membantu seller dan usahawan menghantar pesanan kepada pelanggan di pelbagai negeri dan kawasan.
Dengan coverage yang lebih luas, seller juga dah tidak perlu terlalu bergantung kepada banyak kurier berbeza untuk membuat postage kepada pelanggan.
Bila order bertambah, sistem pun kena boleh ‘ikut naik’

Satu lagi perkara yang kadang-kadang tidak boleh diramal oleh peniaga adalah perubahan jumlah penghantaran.
Hari ini mungkin hanya ada 10 pesanan. Esok, jika satu video tular atau promosi menjadi, jumlah itu boleh naik berkali-kali ganda.
Situasi ini memerlukan sistem penghantaran yang lebih fleksibel dan mampu menampung jumlah bungkusan yang berubah mengikut perkembangan sesebuah perniagaan.
BEST Express Malaysia turut menyediakan penyelesaian penghantaran yang boleh disesuaikan mengikut keperluan perniagaan, sama ada untuk seller kecil mahupun perniagaan yang mengendalikan ratusan atau ribuan penghantaran.
Barang besar pun perlukan cara penghantaran berbeza

Kalau dulu jualan dalam talian sering dikaitkan dengan barangan kecil seperti pakaian, makanan atau aksesori, sekarang macam-macam benda boleh dibeli secara dalam talian.
Perabot, perkakas rumah, peralatan dan barangan komersial juga semakin biasa dihantar terus kepada pelanggan.
Masalahnya, barangan sebegini tidak semestinya sesuai dihantar menggunakan kaedah penghantaran bungkusan kecil biasa.
Bagi keperluan ini, BEST Express Malaysia turut menawarkan penyelesaian untuk bungkusan yang lebih berat dan bersaiz besar.
Secara tidak langsung, ia memberi lebih banyak ruang kepada seller untuk menawarkan kategori produk yang lebih pelbagai tanpa terlalu terbatas dengan isu penghantaran.
Logistik juga sebahagian daripada perjalanan bisnes

Kadang-kadang orang nampak sesebuah bisnes berkembang melalui jumlah jualan, produk baharu atau pelanggan yang semakin ramai.
Tapi di belakang tabir, pengurusan logistik juga memainkan peranan yang besar.
Lebih mudah urusan penghantaran diuruskan, lebih banyak masa boleh digunakan oleh usahawan untuk fokus kepada produk, pelanggan dan perkembangan bisnes.
Atas sebab itu, BEST Express Malaysia mahu menjadi antara rakan logistik yang boleh menyokong seller tempatan, PKS dan usahawan pada pelbagai peringkat perkembangan perniagaan mereka.
Bagi yang sedang membina atau mengembangkan bisnes, mungkin sudah tiba masanya untuk melihat penghantaran bukan sekadar proses ‘pos barang’, tetapi sebagai sebahagian daripada strategi untuk pergi lebih jauh.
