Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Bila Raya Terus Badan Naik,” Lakukan 5 Perkara Ini Jika Nak Badan ‘Maintain’ Dan Sihat

Gambar Hiasan

Wah, tak sangka kan lagi 6 hari je kita semua akan menyambut hari kemenangan seluruh umat Islan, Aidilfitri. Rasa sekejap puasa tahun ni, sedar sedar, dah nak raya.

Selalunya di bulan Ramadhan, ramai orang terutamanya wanita yang menyimpan hasrat untuk menjaga badan, diet! Yelaa, dah nak raya, mestilah kena jaga badan, barulah cantik nak pakai baju raya kan. Namun ada juga individu yang berniat nak jaga kesihatan sewaktu bulan mulia ini.

Tapi hakikatnya..

Bak kata orang, bulan Syawal ni ibarat pesta makanan. Manakan tidak, setelah sebulan berpuasa, akhirnya ini masanya untuk kita meraikannya. Lagi teruja bila melihat makanan yang terhidang di atas meja, ada soto, lemang, ketupat, rendang, kuah lodeh, mee sup dan pelbagai jenis kuih, alahai rasa nak makan semua je.

Haa, tu belum lagi tengok makanan kat rumah terbuka, rumah kawan atau rumah saudara mara lagi. Hmm, masa tu lah hilang terus niat nak jaga badan dan kesihatan elok-elok.

Gambar Hiasan

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, amalam permakanan sihat bukan sahaja perlu dipraktikkan semasa bulan puasa tetapi juga sewaktu hari raya. Oleh itu, orang ramai digalakkan untuk mengikuti panduan ringkas tentang pengambilan makanan ini ketika hari raya nanti:

Kurangkan gula, minyak dan lemak dalam penyediaan biskut dan kek raya. Hadkan pengambilan (makan) biskut, kek dan kuih raya untuk mengawal pengambilan kalori harian.

Gambar Hiasan

Hidangkan air kosong dan elakkan menghidang minuman berkarbonat. Pilih air kurang manis atau air kosong sebagai pilihan utama.

Gambar Hiasan

Sediakan buah-buahan setiap kali menghidang makanan.

Gambar Hiasan

Kawal pengambilan makanan anda, makan ikut keperluan. Kurangkan menghidang makanan yang bersantan, bergoreng dan berminyak.

Gambar Hiasan

Pastikan sayur disediakan bersama hidangan utama.

Gambar Hiasan

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia