Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Perbincangan mengenai kepentingan filem animasi bercorak sirah dan sejarah Islam tiba-tiba menjadi perbualan hangat di aplikasi Threads baru-baru ini.
Ia bermula apabila platform penstriman mesra kanak-kanak dan Muslim, Durioo+, memuat naik sedutan klip animasi berkualiti tinggi Bilal The Movie, yang pantas meraih perhatian dan tontonan puluhan ribu pengguna.
Hantaran ringkas dari akaun rasmi @duriooplusmalaysia yang mempersoalkan,
"Kenapa tak banyak filem animasi sirah yang berkualiti macam ni?"
Telah mencetuskan reaksi positif dan luahan rindu netizen terhadap kandungan hiburan Islamik yang setanding dengan karya antarabangsa.
Berdasarkan tinjauan di ruangan komen Threads, rata-rata penonton meluahkan rasa kagum dengan kualiti aksi dan visual filem tersebut yang memikat hati kanak-kanak mahupun penonton dewasa.

Seorang pengguna, @diyanaezni berkongsi pandangannya,
"Filem ni best sangat. Aksi dan bersemangat. Anak saya pun suka tengok... Kita perlukan cerita heroic dari sirah untuk tanam semangat cintakan agama pada anak-anak dari kecil."
Malah, kehebatan jalan cerita Bilal ini terbukti merentas usia apabila pengguna @dan.illo_ berseloroh,
"Aku yang bapak orang pun layan cerita Bilal ni."
Pihak Durioo+ menyokong sentimen ini, menyatakan bahawa animasi berkualiti adalah medium terbaik untuk seisi keluarga mengulang kaji sirah bersama-sama.

Menyedari permintaan yang tinggi, Durioo+ mengambil peluang ini untuk mengumumkan akses tontonan percuma untuk tempoh terhad sehingga 12 April ini bersempena dengan ketibaan musim perayaan Hari Raya.

Walaupun Bilal The Movie dengan alih suara eksklusif dalam Bahasa Melayu telah pun mula ditayangkan di platform Durioo+ sejak tahun 2023, inisiatif akses percuma ini adalah langkah proaktif Durioo+ untuk memastikan lebih ramai keluarga dapat menikmati karya epik ini pada musim cuti dan perayaan ini.
"Kami sangat terharu dengan maklum balas di Threads. Ini membuktikan masyarakat sangat dahagakan hiburan mendidik yang berkualiti. Misi kami adalah untuk menjadikan sahabat-sahabat Nabi sebagai 'hero' utama anak-anak," kata wakil pemasaran Durioo+.

Bagi yang belum menonton, filem ini bukan calang-calang naskhah animasi. Berikut adalah kehebatan di sebalik tabir pembikinannya:
Kos Penerbitan Bernilai RM120 Juta: Menjadikannya salah satu filem animasi bercorak sejarah termahal dengan kualiti animasi 3D berskala antarabangsa.
Karya Barajoun Entertainment: Diterbitkan oleh studio animasi terkemuka yang berpangkalan di Dubai, filem ini telah mengumpulkan kepakaran ratusan tenaga kerja animasi profesional dari pelbagai negara untuk merealisasikan visi epik ini.
Ketelitian Aksi Yang Luar Biasa: Salah satu babak peperangan epik berdurasi 11 minit di dalam filem ini dilaporkan mengambil masa lebih kurang satu setengah tahun untuk disiapkan bagi memastikan butiran pergerakan dan visual yang sempurna.

Orang ramai dijemput untuk merebut peluang tontonan percuma Bilal The Movie versi Bahasa Melayu ini sebelum 12 April dengan memuat turun aplikasi Durioo+ di Apple App Store, Google Play Store, atau melayari laman web rasmi Durioo+.