Bilik DB SMK Putrajaya Presint 16(1) Terbakar
Satu kebakaran dipercayai melibatkan bilik pengagihan elektrik (DB) di SMK Putrajaya Presint 16 (1) dilaporkan berlaku pagi ini.
Menurut perkongsian oleh @amk_putrajaya di platform Threads, keadaan dilaporkan terkawal dan tiada sebarang kecederaan melibatkan pelajar atau warga sekolah setakat ini.
Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah berada di lokasi bagi menjalankan operasi pemantauan dan tindakan susulan, manakala pelajar yang hadir ke sekolah dihimpunkan di padang sebagai langkah keselamatan.
Dalam pada itu, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Putrajaya memaklumkan pihaknya sedang berhubung dengan pengurusan sekolah bagi mendapatkan maklumat lanjut serta menilai sebarang keperluan kecemasan susulan insiden berkenaan.
Berita lanjut menyusul.


