Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Bintang Fast & Furious, Vin Diesel Terpalit Dengan Dakwaan Serangan Seksual
Bintang utama siri filem Fast & Furious, Vin Diesel baru-baru ini terpalit dengan dakwaan terlibat dalam jenayah seksual.
Menurut BBC, bekas pembantu peribadi pelakon tersebut telah mengemukakan saman ke atasnya yang didakwa melakukan perkara tersebut ketika penggambaran Fast Five pada 2010.
Vin Diesel atau nama sebenar Mark Sinclair, didakwa melakukan perbuatan tersebut di St Regis Hotel, dekat Atlanta.
Selain itu, wanita berkenaan turut menfailkan saman atas penamatan kontraknya secara tidak sah.
Vin Diesel terpalit dengan dakwaan serangan seksual
Dia mendakwa telah dipecat beberapa jam selepas serangan tersebut berlaku.
Wanita berkenaan telah menfailkan saman berkenaan pada di Los Angeles pada Khamis, minggu lalu.
Dalam suarat saman berkenaan, wanita itu mendakwa pelakon berkenaan menggunakan fizikalnya yang jauh lebih ‘berkuasa’ untuk mengatasinya.
Dia juga mendakwa pelakon itu mengabaikan ‘keengganan dan isyarat tidak bersetuju’ yang dia tunjukkan ketika kejadian itu berlaku.
Wanita itu juga mendakwa, selepas dia menjerit dan melarikan diri ke bilik air berdekatan, pelakon itu merangkulnya semula dan menolaknya ke dinding.
Pelakon itu kemudian didakwa melakukan tindakan seksual selepas itu.
Sebaik sahaja saman itu difailkan, peguam yang mewakili Vin Diesel, Bryan Freedman kemudian mengeluarkan satu kenyataan dan menegaskan anak guamnya menafikan sekeras-kerasnya kejadian seumpama itu berlaku.
Kenyataan bertulis turut diterbitkan dan dihantar ke CNN untuk dilaporkan.
“Vin Diesel telah menafikan dakwaan ini secara keseluruhannya,” kata kenyataan itu.
Peguam tersebut berkata, ini merupakan kali pertama beliau mendengar dakwaan itu dilontarkan terhadapnya.
Manakala, peguam yang mewakili wanita itu berkata dalam satu kenyataan kepada BBC News berkata, kliennya hanya mahu menuntut keadilan untuk diri sendiri.
Mereka juga akan memastikan semua pihak yang terlibat dalam kes serangan seksual itu diheret ke muka pengadilan.
“Kami berharap keputusan beraninya untuk tampil ke hadapan dapat membantu mencipta perubahan yang berkekalan,” kata peguam, Claire-Lise Kutlay.
Selain francais Fast & Furious, Vin Diesel turut membintangi beberapa filem lain seperti Guardians of the Galaxy, XXX dan Riddick.
Dalam siri Fast & Furious, Vin Diesel turut bertanggungjawab sebagai produser.
BACA: Ramai Tak Tahu Russell Taylors Rupanya Jenama Malaysia
Sumber: BBC