Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Bintang Liverpool, Diogo Jota Maut Kemalangan
Dunia bola sepak dikejutkan dengan berita pemergian penyerang Liverpool, Diogo Jota, yang dilaporkan maut dalam satu kemalangan jalan raya di Sepanyol.
Menurut laporan agensi berita Sepanyol, EFE, Jota, 28, berasal dari Portugal, terlibat dalam kemalangan maut di Lebuhraya Rias Bajas (A-52) berhampiran kawasan Palacios de Sanabria, Zamora, di bahagian barat laut negara itu, awal pagi Khamis.
Lebih menyayat hati, abangnya, Andre Silva, turut disahkan terkorban dalam insiden yang sama.
Diogo Jota mula menyarung jersi Liverpool pada September 2020 selepas perpindahannya dari Wolverhampton Wanderers dengan nilai melebihi £40 juta.
BACA: Bas Pasukan Kena Sita, Pemain Bola Balik Latihan Naik Basikal
Sumber: Sky News, MARCA