Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Bisnes Untung RM620,000 Sebulan, Kanak-kanak Rancang Nak Bersara Pada Usia 12 Tahun

bersara 12 tahun
Kredit: Roxy Jacenko

Bisnes Untung RM620,000 Sebulan, Kanak-kanak Rancang Nak Bersara Pada Usia 12 Tahun

Seorang usahawan dan bakal jutawan muda dilaporkan merancang untuk mengadakan parti persaraan pada sambutan hari jadi ke-12 nanti, lapor New York Post.

Pixie Curtis, 11, yang berasal dari Australia berjaya mencuri tumpuan dunia selepas perniagaan barang permainan yang dimulakannya mencipta kejayaan yang luar biasa.

Kanak-kanak tersebut pada mulanya menjual permaian seperti busur panah sebelum menubuhkan Pixie’s Fidgets pada 2021 bersama ibunya.

Kemudian, bisnes berkenaan mendapat sambutan menggalakkan, lebih-lebih lagi sepanjang tempoh pandemik apabila mereka melancarkan produk fidget spinner sendiri.

Bisnes untung mencecah RM620,000 sebulan, remaja pilih bersara pada usia 12 tahun

Perniagaan tersebut terus berkembang maju sehingga menjadi sebuah empayar bernilai jutaan dolar apabila mula mengeluarkan pelbagai jenis barang permainan yang lain.

Bertindak sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), perniagaan fidget spinner yang diusahakan Pixie dilapor mencatat keuntungan $133,000 (RM620,000) sebulan.

Menurut ibunya yang juga rakan kongsi perniagaan tersebut, Roxy Jacenko, Pixie berpeluang untuk bergelar jutawan menjelang usia 15 tahun.

Selain itu, Pixie juga juga boleh dianggap sebagai pempengaruh media sosial kerana mempunyai ratusan ribu pengikut, seperti di Instagramnya.

Di media sosial, Pixie juga sering memuat video-video yang menunjukkan dia bergaya dengan pelbagai barangan mewah seperti beg tangan daripada jenama terkenal.

Pixie juga memiliki sebuah Mercedes Benz yang berharga ratusan ribu ringgit. Namun berita tersebut mencetuskan kontroversi kerana Pixie masih kanak-kanak dan tidak layak memiliki lesen memandu yang sah.

Difahamkan, kereta mewah berkenaan dibeli oleh ibunya sebagai hadiah hari jadi Pixie yang ke-10.

Nasihat ibu utamakan pelajaran terlebih dahulu

Namun begitu, menjelang usianya 12 tahun, Pixie mengambil keputusan untuk bersara dan memberi tumpuan kepada pelajaran pula. Apatah lagi, pada usia 12 tahun, Pixie akan beralih ke pendidikan menengah pula.

Difahamkan, keputusan itu dibuat atas nasihat ibunya, Roxy Jacenko yang mahukan Pixie menyeimbangkan kehidupan sebagai seorang usahawan dan juga kanak-kanak yang masih bersekolah.

BACA: Lapan Hari Bertarung Nyawa, Bapa Kepada Bayi Rentung Dalam Kemalangan Meninggal Dunia

Sumber: New York Post, News Au