Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Boleh Buat Sendiri Di Rumah, Ini Resipi "Homemade Collagen Chicken Broth Jelly"

homemade collagen chicken broth jelly
Kredit: @liaslittlekitchen

Boleh Buat Sendiri Di Rumah, Ini Resipi “Homemade Collagen Chicken Broth Jelly”

Umum ketahui, kaki ayam sering dikaitkan dengan kandungan kolagen yang tinggi.

Namun begitu, ramai orang sanggup membelanjakan sejumlah wang yang besar semata-mata untuk mendapatkan suplemen kolagen di pasaran.

Tanpa disedari, kolagen juga boleh diperoleh daripada bahan semula jadi yang lebih mudah dan murah.

Sehubungan itu, SK ingin kongsikan cara menyediakan homemade collagen chicken broth jelly daripada pengguna @liaslittlekitchen di TikTok.

Bahan-bahan “homemade collagen chicken broth jelly”

Menurut @liaslittlekitchen, untuk menyediakan hidangan ini, anda memerlukan 700 gram kaki ayam yang telah dibersihkan.

Selain itu, sediakan sebiji bawang besar kuning yang dibelah dua.

Tambahkan juga setengah batang lobak merah yang yang dipotong kepada tiga bahagian.

Kredit: @liaslittlekitchen

Seterusnya, masukkan sehelai daun salam atau daun bay sebagai penambah aroma dalam masakan.

Gunakan empat hingga lima ulas bawang putih yang telah diketuk bagi mengeluarkan bau dan rasa yang lebih kuat.

Bukan itu sahaja, anda juga perlu menyediakan halia sepanjang kira-kira satu inci yang dihiris atau diketuk untuk mengurangkan bau hanyir dalam kuah.

Akhir sekali, perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam secukupnya mengikut citarasa bagi melengkapkan keseluruhan rasa hidangan ini.

Cara-cara menyediakan “homemade collage chicken broth jelly”

Mula-mula, @liaslittlekitchen membersihkan sebanyak 700 gram kaki ayam menggunakan air sejuk sehingga benar-benar bersih.

Seterusnya, rebus kaki ayam tersebut selama kira-kira lima minit. Ketika proses ini, buang kotoran atau buih yang timbul di permukaan air kerana penting untuk menghasilkan kuah yang lebih jernih.

Selepas itu, toskan kaki ayam dan bilas sekali lagi dengan air bersih.

Kemudian, masukkan kaki ayam ke dalam periuk biasa atau periuk tekanan mengikut kesesuaian.

Tambahkan bahan-bahan lain iaitu sebiji bawang besar kuning, setengah batang lobak merah, sehelai daun bay, empat hingga lima ulas bawang putih yang telah diketuk, serta halia sepanjang satu inci.

Setelah itu, tuangkan air secukupnya sehingga semua bahan tersebut tenggelam.

Kredit: @liaslittlekitchen

Masak menggunakan pressure cooker jika ada, kerana kaedah ini dapat menjimatkan masa dan mempercepatkan proses memasak.

Setelah masak, tapis semua bahan untuk mendapatkan kuah yang jernih.

Perasakan kuah dengan garam dan serbuk lada hitam secukupnya, kemudian gaulkan sehingga sebati.

Seterusnya, tuangkan ke dalam bekas yang sesuai dan simpan di dalam peti sejuk. Kuah ini boleh disimpan sehingga lima hari.

Menurut @liaslittlekitchen, jika menyediakan dalam kuantiti yang banyak, lebihan boleh disimpan di dalam peti sejuk beku untuk kegunaan kemudian.

Kuah ayam yang kaya dengan kolagen ini akan menjadi sedikit pekat dan bertekstur seperti jeli selepas disejukkan semalaman.

Apabila ingin digunakan, panaskan semula dan boleh dinikmati begitu sahaja atau dijadikan asas untuk sup ayam yang berkhasiat.