Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tak Perlu Jemur, Wanita Ini Dedah Cara Simpan Beras Tanpa Kutu Sampai Dua Tahun

Azzwin
beras
Kredit: Sha Ramson Abdullah via Facebook

Tak Perlu Jemur, Wanita Ini Dedah Cara Simpan Beras Tanpa Kutu Sampai Dua Tahun

Dalam kehidupan seharian, masalah kutu beras memang bukan sesuatu yang asing.

Hampir setiap rumah pernah berdepan situasi di mana beras yang disimpan tiba-tiba dipenuhi kutu kecil.

Malah semakin lama disimpan, semakin banyak pula jumlahnya hingga menimbulkan rasa kurang selesa.

Pelbagai cara sudah dicuba oleh orang ramai untuk mengatasi masalah ini.

Antaranya termasuk menjemur beras di bawah panas matahari, menyangai beras, menyimpan dalam peti ais, malah ada juga yang menggunakan bahan seperti cengkih, cili kering dan kayu manis.

Namun begitu, tidak semua kaedah ini memberikan hasil yang diharapkan kerana kutu beras masih tetap muncul walaupun pelbagai usaha telah dilakukan.

Justeru, hari ini SK ingin kongsikan cara simpan beras tanpa kutu daripada pengguna Sha Ramson Abdullah di Facebook.

Cara simpan beras tanpa kutu

Tak perlu jemur beras. Tak perlu sangai beras. Tak perlu simpan dalam peti ais.

Hanya guna bawang putih. Masuk dalam bekas.

1 bekas : 400 gram

10 kilo beras : 25 bekas

FIFO (First In First Out)

Tempoh penyimpanan : 1 tahun - 2 tahun

Masukkan beras dalam bekas secara berperingkat

Lapisan pertama :

  • Masukkan beras separuh bekas.

  • Masukkan 3-4 potongan kecil bawang putih.

Lapisan kedua :

  • Masukkan beras sampai penuh bekas.

  • Masukkan 2 potongan kecil bawang putih.

  • Pastikan beras betul-betul penuh. Kalau goncang bekas tu masih berbunyi, maksudnya ada ruang kosong dalam bekas tu.

  • Penuhkan bekas dengan beras sampai takde bunyi bila digoncang.

Kredit: Sha Ramson Abdullah via Facebook

Kenapa guna bawang putih?

Alhamdulillah selama kami guna cara masukkan potongan bawang putih ke dalam tong simpanan beras selama dua tahun, kutu beras langsung takde dalam tong beras kami.

Jadi, ini jalan ikhtiar dan usaha kami dengan izinNya.

Pengalaman kawan-kawan saya, letak cengkih, cili kering dan kayu manis pun beras masih berkutu.

Letak dalam grain pro pun sama berkutu. Ada yang simpan dalam peti ais. Ada yang jemur. Ada yang siap sangai pun tetap sama.

Setiap tahun saya suka share cara simpan beras ini bagi memudahkan kita disaat berlaku kecemasan, bencana, bekalan makanan terputus, harga makanan naik atau ketika bekalan makanan di kedai tiba-tiba terhad.

Kredit: Sha Ramson Abdullah via Facebook

Sumber:Facebook