Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Resipi Ayam Gunting "Homemade", Mudah & Sedap
Seperti yang kita tahu, ayam gunting merupakan antara makanan ringan atau kudapan yang digemari oleh semua lapisan masyarakat, sama ada kanak-kanak ataupun dewasa.
Aroma ayam yang digoreng sehingga rangup itu sememangnya mampu memikat hati sesiapa sahaja.
Malah, keunikan makanan ini juga adalah dengan cara penyediaannya di mana, ayam yang telah digoreng tadi, digunting kepada bahagian yang kecil sebelum dihidangkan.
Biasanya, makanan ini dinikmati dengan perisa asli ataupun pedas, dengan tambahan taburan serbuk cili atau apa-apa sahaja. Namun, anda juga boleh menikmatinya begitu sahaja.
Biasanya, satu hidangan ayam gunting ini dijual dari harga RM1 hingga RM10 mengikut saiz ayam. Jadi,daripada anda membeli ayam gunting di kedai, apa kata kalau anda cuba untuk buat sendiri menu ini di rumah.
Selain dari bahannya yang ringkas dan cara penyediaannya yang mudah, anda boleh hasilkannya dalam jumlah yang banyak.
Oleh itu, jom kita cuba resipi yang telah dikongsi oleh salah seorang pengguna Facebook, Nur Hidayah Misnan.
Ujarnya lagi, bahagian dada ayam di rumahnya selalu tidak dimakan dan dibiarkan sahaja. Namun, dengan mencuba resipi ini, stok empat ekor isi ayam hanya bertahan selama tiga hari sahaja.
"Dulu isi ayam ni sampai tersidai, semua taknak makan. Sekarang, sampai tak cukup," ujarnya lagi.
Malah, resipi ini juga mampu membuatnya lebih berjimat.
"Untuk tiga hari, mama dan jimat RM30 juga tu," kongsinya lagi.
Jadi, jom cuba resipi yang dikongsinya di bawah ini.
Dada ayam
Tepung ayam goreng
Tepung ubi
Air sejuk
Mula-mula, hiriskan dada ayam mengikut ketebalan yang anda inginkan. Selepas itu, anda boleh perapkan potongan ayam tadi dengan tepung ayam goreng.
Untuk langkah seterusnya, anda boleh salutkan ayam yang telah diperap tadi dengan tepung ubi. Akhir sekali, celupkan ayam tadi dengan air sejuk dan salutkan sekali lagi dengan tepung ubi.

Goreng hirisan ayam anda sehingga garing dan keemasan. Ayam gunting anda siap dihidang.
Selamat mencuba!