Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Resipi Kuah Bolognese Budu "Viral", Gabungan Pelik Tapi Cukup Rasa Umami
Umum mengetahui, setiap negara sememangnya mempunyai keunikan makanan tersendiri yang menjadi lambang kepada identiti dan warisan budaya mereka.
Dari hidangan berempah yang berasal dari India, hidangan berasaskan keju dari Itali dan limpahan makanan laut segar dari Jepun, kepelbagaian ini menjadikan makanan sebagai salah satu cara untuk kita meneroka budaya dari serata dunia.
Bukan itu sahaja, perbezaan rasa, bahan dan cara penyediaan juga mencerminkan latar belakang masyarakat yang berbeza-beza.
Namun, sejajar dengan kemajuan zaman, makanan tidak lagi terikat sepenuhnya dengan satu budaya sahaja.
Konsep makanan fusion sememangnya telah mengubah cara kita menikmati hidangan, di mana elemen dari pelbagai negara telah digabungkan untuk mencipta rasa yang baharu.
Di Itali, pasta merupakan makanan yang sering dianggap sinonim dengan mereka. Malah, ia juga dianggap sebagai salah satu makanan popular yang sering menjadi pilihan masyarakat serata dunia.
Dari bolognese, carbonara, alfredo hingga aglio olio, semuanya sudah tentu mempunyai peminatnya yang tersendiri.

Baru-baru ini, seorang pengguna Thread, @_memekhlust ada berkongsi cara untuk membuat kuah bolognese untuk pastanya.
Lebih menarik, resipi yang dikongsinya itu turut mengandungi bahan 'rahsia' yang berjaya menarik minat orang ramai untuk mengetahui apa rasanya.
Kongsinya di laman Thread, bahan rahsia yang digunakan olehnya ke dalam masakan ini ialah budu.
"Guys, I letak budu dalam kuah bolognese sebab recipe calls for Warcestershire sauce," kongsinya.
Katanya lagi, dia menambah budu ke dalam resipi tersebut kerana pernah membaca bahawa orang British mencipta sos tersebut kerana mereka cuba untuk meniru rasa budu.

Malah, dia turut menambah, cara ini membuatkan sos bolognese yang dimasaknya itu menghasilkan rasa yang lebih sedap dan kaya dengan rasa.
"Rasa umami tu fuh suami sampai cakap sedap "anchovy sauce" ni," tambahnya lagi.
Buat anda yang ingin mencuba resipi sos bolognese caranya, SK kongsikan di bawah.
Bawang holland/besar
Bawang putih
Cili padi
Daging kisar
Sos bolognese segera
Garam
Lada
Herba kering
Daun bay
2 sudu krim
Kiub ayam/daging
1 sudu budu
Air rebusan pasta
Mula-mula, anda boleh tumiskan bawang holland atau bawang besar berserta dengan bawang putih dan cili padi. Jika anda tidak gemarkan pedas, anda boleh kurangkan cili atau jangan masukkan.
Selepas bahan tumisan mula naik bau, masukkan daging kisar dan biarkan sehingga ia kering. Setelah ia kering, masukkan pula sos bolognese dan tunggu sehingga ia mendidih.
Selepas mendidih, perasakan dengan garam dan lada berserta apa-apa jenis rempah kering. Kemudian, masukkan juga daun bay dan krim berserta kiub ayam atau daging.
Untuk langkah berikutnya, anda boleh tambahkan budu dan akhir sekali, masukkan sedikit air rebusan pasta untuk pekatkanya.
Siap untuk dihidang. Selamat mencuba!