Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Boleh Pilih, Ni 10 Tip Bersihkan Kulit Kerang Yang Patut Anda Cuba
Selain daripada udang dan ketam, antara makanan laut yang digemari ramai ialah kerang. Lebih enak untuk dinikmati ketika ia dimasak secara rebus dan kemudian makan bersama sos Thai.
Walaupun cara untuk memasaknya mudah namun cara untuk membersihkanya agak susah kerana kulit kerang mempunyai kotoran degil yang melekat padanya.
Tahukah anda, sebenarnya terdapat beberapa cara untuk membersihkan kulit kerang tersebut seperti yang dikongsikan oleh pengguna Facebook, Shida Rahman di bawah ini.
Selepas ini anda tidak perlu risau perlu mencari tips membersihkan kulit kerang kerana di bawah ini terdapat 10 cara untuk membersihkannya.
BACA: Tak Sampai 10 Minit “Defrost” Ayam Boleh Terus Masak Kalau Guna Tip Ni
Siapa suka makan kerang? Saya sangat-sangat suka makan kerang.
Kerang yang dijual warnanya gelap. Nak masak perlu bersihkan sampai putih berseri kan? Sebelum ni saya gaul-gaul, ramas-ramas banyak kali, buang airnya, ramas lagi dan lagi selepas itu terus rebus.
Rupa-rupanya ada petua mudah untuk bersihkan kerang.
Cara pertama:
Ambil beberapa batang serai lalu ditumbuk tetapi jangan sehingga hancur. Rendam dengan air sama cukup dengan kerang. Gaul dengan tangan. Biarkan selama 10 minit dan toskan. Anda akan dapati kulit kerang akan lebih bersih. Cara ini boleh digunakan sekiranya ada serai di rumah.
Cara kedua:
Ambil beberapa batang pelepah pisang dan sedikit daunnya lalu digosokkan pada kerang. Insya-Allah kerang cepat cuci dan isi kerang lebih enak rasanya.
Cara ketiga:
Gaul dengan daun ubi, kemuda ramas-ramaskan sehingga bersih.
Cara keempat:
Guna daun betik pun boleh untuk bersihkan kerang.
Cara kelima:
Gaul kerang dengan hampas kelapa dan biarkan selama sejam hingga dua jam. Kulit kerang akan putih bersih. Guna cara ini kalau ada kelapa. Di rumah, saya guna santan sahaja untuk memasak.
Cara keenam:
Basuh dengan bawang putih yang ditumbuk pun boleh.
Cara ketujuh:
Rendam dengan air beras untuk bersihkan kerang.
Cara kelapan:
Rendam bersama asam keping pun boleh dalam setengah jam. Kerang akan jadi putih dan bersih.
Cara kesembilan:
Rendam kerang menggunakan garam.
Cara kesepuluh:
Rendam kerang dalam semangkuk air yang sudah diletakkan serbuk kunyit. Rendam selama 16 minit.
Cara ini paling bagus untuk saya. Saya guna cara ini sahaja. Kalau korang, guna cara yang mana pula?
Sumber: Shida Rahman/Facebook