BonusLink secara rasmi melancarkan BonusLink Travel, sebuah platform tempahan hotel khusus yang menawarkan cara baharu kepada ahli untuk mempercepatkan pengumpulan Mata Ganjaran BonusLink menerusi tempahan penginapan hotel.
Menerusi aplikasi BLINK dan laman web BonusLink, ahli boleh memperoleh sehingga 12 Mata Ganjaran BonusLink bagi setiap RM1 yang dibelanjakan untuk tempahan hotel yang telah selesai. Ini membolehkan perbelanjaan pelancongan yang lazimnya bernilai lebih tinggi membantu ahli mengumpul Mata Ganjaran dengan lebih pantas untuk digunakan bagi ganjaran, penjimatan harian dan pengalaman dalam ekosistem BonusLink yang lebih luas, termasuk pembelian petrol di Shell.
Ahli BonusLink turut mempunyai fleksibiliti untuk menggunakan Mata Ganjaran BonusLink sedia ada untuk membayar kos tempahan hotel, sama ada sebahagian atau sepenuhnya, sekali gus menggabungkan pengumpulan dan penebusan Mata Ganjaran dalam satu pengalaman perjalanan yang sama.
Setiap Tempahan Hotel Kini Memberi Anda Lebih Banyak Mata Ganjaran BonusLink
Ahli BonusLink boleh memilih daripada lebih 1 juta pilihan penginapan di seluruh dunia, termasuk rangkaian hotel antarabangsa terkenal seperti Marriott, Hyatt dan Sheraton, selain hotel butik dan resort mesra keluarga yang memenuhi keperluan pelbagai jenis pelancong.
Bagaimana BonusLink Travel Berfungsi
Kumpul lebih banyak Mata Ganjaran ketika melancong – Ahli boleh memperoleh sehingga 12 Mata Ganjaran BonusLink bagi setiap RM1 yang dibelanjakan untuk tempahan hotel yang telah selesai. Oleh kerana tempahan hotel lazimnya melibatkan perbelanjaan yang lebih tinggi, ahli berpeluang meningkatkan baki Mata Ganjaran mereka dengan lebih pantas. Sebagai contoh, tempahan hotel bernilai RM1,000 pada kadar pengumpulan maksimum boleh memberikan 12,000 Mata Ganjaran, bersamaan nilai ganjaran sekitar RM120.
Tebus Mata Ganjaran untuk penginapan anda – Ahli boleh menggunakan Mata Ganjaran BonusLink untuk mengurangkan kos tempahan hotel ketika membuat pembayaran, sama ada sebahagian atau sepenuhnya, mengikut keperluan masing- masing.
Manfaatkan Mata Ganjaran anda sepenuhnya – Mata Ganjaran yang diperoleh menerusi BonusLink Travel boleh digunakan di seluruh ekosistem BonusLink untuk pelbagai ganjaran, baucar dan penjimatan harian.
Kenali destinasi kegemaran rakyat Malaysia – Berdasarkan trend tempahan awal, destinasi seperti Bangkok, Da Nang, Bali, Istanbul, New York dan Kuala Lumpur menjadi pilihan utama. Ini membuktikan peningkatan minat rakyat Malaysia terhadap percutian di rantau ini dan destinasi jarak jauh.
“Pelancongan merupakan antara perbelanjaan besar yang dirancang oleh ramai rakyat Malaysia setiap tahun, dan ini memberi kami peluang untuk menjadikan setiap tempahan lebih berbaloi. Dengan BonusLink Travel, satu tempahan hotel sahaja kini boleh membantu ahli mengumpul Mata Ganjaran dengan jauh lebih pantas berbanding kebanyakan transaksi harian, membawa mereka lebih dekat kepada ganjaran yang mereka ingin tebus.
“Ini yang menjadikan BonusLink Travel menarik bagi kami. Ia bukan sekadar satu lagi platform untuk menggunakan Mata Ganjaran BonusLink, tetapi cara baharu untuk mengumpul lebih banyak Mata Ganjaran daripada perbelanjaan yang sememangnya telah dirancang, sebelum menggunakan nilai tersebut untuk keperluan lain dalam kehidupan seharian,” kata Rossnan Cheong, Ketua Pegawai Komersial BonusLink.
Bagi BonusLink, pelancaran ini turut mencerminkan langkah lebih luas dalam evolusi ekosistem ganjarannya seiring perubahan cara rakyat Malaysia menjalani kehidupan dan berbelanja.
“Apa yang menjadikan ini lebih bermakna ialah nilai tersebut tidak terhad kepada perjalanan sahaja. Seorang ahli boleh menempah percutian bersama keluarga, memperoleh ribuan Mata Ganjaran BonusLink, kemudian menggunakan Mata Ganjaran tersebut untuk petrol di Shell atau ganjaran harian lain apabila pulang daripada percutian.
“Fleksibiliti seperti inilah yang kami mahu tawarkan menerusi BonusLink. BonusLink Travel merupakan sebahagian daripada strategi kami untuk memberi ahli lebih banyak peluang memperoleh jumlah Mata Ganjaran yang bermakna daripada perbelanjaan yang sememangnya mereka lakukan,” kata Bruno Araujo, Ketua Pegawai Eksekutif BonusLink.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai BonusLink dan BonusLink Travel, layari https://bonuslink.com.my/ , ikuti BonusLink di Facebook dan Instagram, atau muat turun aplikasi BLINK menerusi App Store atau Google Play.

