Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Boon Siew Honda Perkenal Model Edisi Khas Marvel’s Spider-Man

HONDA

Boon Siew Honda Perkenal Model Edisi Khas Marvel’s Spider-Man

Susulan kejayaan pelancaran Honda ADV160 sempena Malaysia Bike Show pada Mei 2026, Boon Siew Honda Sdn. Bhd. ("BSH" atau "Syarikat") hari ini memperkenalkan Honda ADV160 Spider-Man Edition yang diinspirasikan daripada adiwira popular Marvel, Spider-Man.

Model edisi khas ini dihasilkan dalam jumlah terhad iaitu hanya 300 unit di seluruh negara dan tampil dengan rekaan serta kemasan eksklusif berinspirasikan Spider-Man. Ia direka khas buat peminat adiwira ikonik itu yang membesar dengan kisah keberanian, tanggungjawab dan semangat tidak berputus asa, sekali gus membolehkan nilai-nilai tersebut menemani setiap perjalanan mereka.

Lihat Buat Pertama Kali, Tontonan Awam Di Sunway Carnival Mall, Pulau Pinang

Honda ADV160 Spider-Man Edition akan membuat penampilan sulung kepada orang ramai di Marvel's Spider-Man World of Webs Pop-Up yang berlangsung di Sunway Carnival Mall, Pulau Pinang dari 16 Julai hingga 2 Ogos 2026. Acara ini memberi peluang pertama kepada orang ramai untuk melihat model tersebut secara dekat sebelum ia mula ditawarkan di pengedar sah seluruh negara bermula 3 Ogos 2026.

Selain itu, model edisi khas ini turut akan dipamerkan di pawagam TGV dan GSC terpilih di Kedah, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Selangor serta Johor Bahru dari 30 Julai hingga 13 Ogos 2026 sempena tayangan filem "Spider-Man: Brand New Day" di pawagam.

Hanya 300 Unit Di Seluruh Negara. Tiada Pengeluaran Semula.

Honda ADV160 Spider-Man Edition boleh didapati di pusat Honda Impian X serta pengedar terpilih bermula 3 Ogos 2026. Pelanggan disaran membuat tempahan lebih awal kerana sebaik sahaja semua unit habis dijual, model ini tidak akan dikeluarkan semula.

Gaya Adiwira Untuk Wira Seharian

Honda ADV160 Spider-Man Edition tampil menyerlah menerusi livery eksklusif yang diinspirasikan daripada Spider-Man, lengkap dengan logo Spider-Man serta jalur rekaan khas yang mengadaptasi elemen dan identiti ikonik adiwira Marvel itu ke dalam reka bentuk motosikal.

Walaupun hadir dengan penampilan baharu, model edisi khas ini masih mengekalkan keistimewaan utama ADV160 seperti reka bentuk dinamik dan lasak, keselesaan tunggangan, kelincahan untuk kegunaan di kawasan bandar serta keupayaan untuk perjalanan jarak jauh, menjadikannya sesuai digunakan sama ada untuk kegunaan harian mahupun pengembaraan.

Set Hadiah Eksklusif Bagi Setiap Pembelian

Setiap pembelian Honda ADV160 Spider-Man Edition didatangkan dengan Set Hadiah Edisi Spider-Man yang merangkumi:

  • Kotak Hadiah Premium Spider-Man Edition

  • Termos LED Spider-Man Edition

  • Penutup Tangki Minyak Spider-Man Edition

  • Emblem Honda dan ADV160

  • Kad Sijil Pemilik bernombor siri 2 hingga 301

Kad Sijil Pemilik bernombor siri yang disertakan adalah unik bagi setiap unit, sekali gus menjadi bukti pemilikan rasmi bagi salah satu daripada 300 unit eksklusif yang ditawarkan di Malaysia.

“Ramai rakyat Malaysia membesar dengan kisah Spider-Man, dan nilai keberanian, ketabahan serta semangat pengembaraan yang dibawanya masih dekat di hati peminat sehingga hari ini,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda Sdn. Bhd., Kunitomo Asano.

“Menerusi Honda ADV160 Spider-Man Edition, kami ingin menghasilkan rekaan grafik istimewa sebagai penghargaan kepada watak ikonik Spider-Man, sekali gus membawa kisah inspirasi tersebut lebih dekat dengan peminat untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan mereka. Digabungkan dengan ciri sambungan pintar, kepraktisan serta reka bentuk berinspirasikan pengembaraan yang ditawarkan ADV160, edisi terhad ini direka khas untuk penunggang yang mahu motosikal mereka mencerminkan gaya hidup serta kisah yang terus memberi inspirasi kepada mereka,” tambah beliau.

Dilengkapi Honda Roadsync Dan Pelbagai Ciri Moden

Dibangunkan berasaskan varian Honda ADV160 RoadSync, model ini dilengkapi sistem sambungan pintar Honda RoadSync bersama panel meter TFT bersaiz lima inci yang membolehkan penunggang mengurus panggilan telefon, muzik dan navigasi terus dari hendal motosikal tanpa perlu mengalihkan perhatian daripada jalan raya.

Model ini turut dijana enjin Honda Enhanced Smart Power Plus (eSP+) yang diperakui di bawah rangka kerja Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) Malaysia. Dari aspek keselamatan, ia dilengkapi Honda Selectable Torque Control (HSTC), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), pensijilan keselamatan MyMAP lima bintang, Smart Key System serta Emergency Stop Signal (ESS).

Bagi meningkatkan keselesaan penggunaan harian, Honda ADV160 Spider-Man Edition turut menawarkan cermin penghadang angin boleh laras, ruang simpanan bawah tempat duduk berkapasiti 30 liter, Idling Stop System (ISS), sistem lampu LED penuh serta ketinggian tempat duduk ergonomik yang lebih rendah bagi memudahkan akses dan meningkatkan keyakinan penunggang.

Harga & Ketersediaan

Honda ADV160 Spider-Man Edition ditawarkan pada harga RM14,149.

Harga yang dinyatakan merupakan harga cadangan bilik pameran dan tidak termasuk cukai jalan, insurans serta yuran pendaftaran.

Honda ADV160 Spider-Man Edition akan mula ditawarkan di semua pengedar sah Honda Impian X dan pengedar terpilih di seluruh negara bermula 3 Ogos 2026. Model ini turut didatangkan dengan jaminan pengeluar selama dua tahun atau sehingga 20,000 kilometer, yang mana terdahulu.

Dengan hanya 300 unit diperuntukkan untuk pasaran Malaysia dan tiada pengeluaran semula selepas habis dijual, pelanggan yang berminat disarankan menghubungi pengedar sah Honda berhampiran bagi menyatakan minat dan membuat tempahan awal sebelum jualan rasmi bermula.