Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Borussia Dortmund ‘Sambar’ Bakat Muda Negara, Qaseh Rania

Athirah
Kredit: Harimau Malaya

Borussia Dortmund ‘Sambar’ Bakat Muda Negara, Qaseh Rania

Bakat sensasi bola sepak wanita negara, Qaseh Rania sah menandatangani kontrak selama tiga tahun bersama kelab gergasi Jerman, Borussia Dortmund.

Menerusi hantaran Harimau Malaya di Facebook, pemain berusia 15 tahun itu sebelum ini dilaporkan menerima perhatian daripada tiga kelab Eropah termasuk Real Betis dan Parma.

Difahamkan, Borussia Dortmund dipilih atas faktor peluang pendidikan yang ditawarkan, selain kesungguhan kelab itu mendapatkan khidmat Rania dengan menyediakan perancangan pembangunan karier yang tersusun.

“Semoga dipermudahkan segala urusan Rania. Banggakan Malaysia di pentas Eropah,” ujar hantaran lagi.

BACA: Bangunan Kediaman Hong Kong: Angka Korban Meningkat Kepada 44 Orang, 3 Ditahan Polis
BACA: “Boleh Rosakkan…” Mat Saleh Kongsi Pengalaman, Dedah Sebab Tak Perlu Lawat Malaysia

Sumber: Harimau Malaya via Facebook