Usahawan dan pencipta kandungan popular, Boss James, mungkin ada sebab baharu untuk meninggalkan motosikalnya selepas mencuba kerusi urut Ranger 9 daripada ZERO Healthcare.
Boss James, yang dilantik sebagai Duta Jenama Siri Ranger, mencuri perhatian ketika hadir ke pelancaran Ranger 9 di MyTOWN Shopping Centre dengan menunggang motosikal sambil lengkap berpakaian biker.

Namun, selepas mencuba kerusi urut baharu itu, beliau secara berseloroh berkata mungkin sudah bersedia untuk menukar motosikalnya dengan sebuah Ranger.
“Hidup saya memang sentiasa bergerak tanpa henti. Jadi mungkin ZERO pilih saya kerana mereka rasa saya perlu lebih banyak duduk dan berehat!” katanya.
Menurut Boss James, walaupun ramai terbiasa bekerja keras, aspek rehat dan kesejahteraan diri sering diketepikan.
Pelancaran Siri Ranger 9 turut mengetengahkan usaha ZERO Healthcare untuk menjadikan pengalaman relaksasi dan pemulihan lebih mudah diakses oleh rakyat Malaysia, khususnya mereka yang sibuk bekerja dan menguruskan keluarga.
Dalam perkembangan sama, ZERO Healthcare turut bekerjasama dengan TikTok Shop bagi membawa Siri Ranger lebih dekat kepada pengguna menerusi kandungan digital, sesi siaran langsung serta pengalaman mencuba produk di reruai khas TikTok Shop x ZERO Healthcare di MyTOWN.
Kerjasama itu turut menyaksikan Boss James menghasilkan kandungan dan mengadakan sesi live bagi memperkenalkan produk kepada pengikutnya.
Selain itu, ZERO Healthcare memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Majlis Paralimpik Malaysia, sebagai sebahagian daripada komitmen jangka panjang syarikat dalam menyokong komuniti atlet para negara.


Bagi yang berminat, ZERO Healthcare turut menawarkan promosi TikTok Shop Brand Day dari 11 hingga 13 September 2026, dengan harga kerusi urut bermula RM3,999.
Ranger 7 ditawarkan pada RM3,999, Ranger 8 pada RM5,999, manakala Ranger 9 berharga RM6,999, masing-masing hadir bersama hadiah percuma sepanjang tempoh promosi.
