Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Bot Bersenjata Iran Didakwa Lepaskan Tembakan Ke Arah Kapal Tangki Di Selat Hormuz

Bot Bersenjata Iran
Kredit: AFP

Bot bersenjata milik Iran didakwa telah melepaskan tembakan ke arah sebuah kapal tangki di Selat Hormuz pada Sabtu, lapor AFP.

Pusat Operasi Perdagangan Maritim United Kingdom (UKMTO) berkata kapten kapal tangki itu melaporkan bahawa kapalnya didekati pada jarak 37 kilometer (23 batu) di timur laut Oman oleh dua bot bersenjata milik Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC).

"Tanpa sebarang amaran melalui radio, bot-bot bersenjata tersebut kemudian melepaskan tembakan ke arah kapal tangki itu," katanya.

Sementara itu, kesemua kru kapal tangki itu dilaporkan berada dalam keadaan selamat.

"Pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan," kata UKMTO lagi.