Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Brek Tak ‘Makan’ & Bunyi Berdecit? Ini Tanda-tanda “Brake Caliper” Bermasalah & Puncanya
Memiliki sebuah kereta ini memang satu kemudahan yang diimpikan oleh setiap orang, kan?
Dengan adanya kereta peribadi, semua urusan menjadi lebih mudah. Hendak ke pasar, ke pusat beli-belah dan ke mana-mana sahaja, boleh tanpa sebarang masalah.
Bagaimanapun, untuk memastikan kereta dapat berfungsi setiap hari bergantung kepada cara kenderaan itu dijaga.
Kalau tanda-tanda kereta sedang bermasalah selalu diabaikan, siap sedialah untuk menanti hari kereta anda meragam secara tiba-tiba.
Salah satu masalah masalah yang boleh timbul adalah isu brek ‘tidak makan’ atau terasa tidak begitu fungsi.
Jadi, sebelum anda permu mengeluarkan belanja pembaikan yang lebih tinggi, eloklah kita berkenaan dengan tanda-tanda brek kereta sedang bermasalah.
Jom kita ikuti perkongsian oleh seorang pengguna Facebook, Muhammad SE yang aktif berkongsi ilmu-ilmu bermanfaat berkenaan penjagaan kereta.
Perkongsian beliau ada di bawah.
Kenapa brek kereta rasa kurang ‘makan’ atau mengeluarkan bunyi gesekan?
“Bro, brek kereta aku rasa kurang makan, kadang-kadang bunyi macam gesekan juga. Apa masalah sebenarnya ni?”
“Kadang bunyi tikus berdecit”, sambungnya.
“Ini mungkin caliper brek kau yang sudah mula haus atau kotor. Setiap kali kau tekan brek, caliper ni yang kena ‘kerja keras’ untuk tekan pad pada disc supaya kereta berhenti.
“Kalau ada masalah pada caliper, kuasa brek akan berkurang.”
Apa Itu Brake Caliper?
Brake caliper adalah komponen yang memegang brake pad dan menekannya ke disc brek apabila kita tekan pedal brek. Bayangkan caliper seperti tangan yang menekan pad pada disc untuk memperlahankan atau menghentikan kereta.
Tanpa caliper yang berfungsi dengan baik, kuasa brek menjadi tidak konsisten dan keselamatan pemanduan boleh terjejas.
1. Brek Tidak Makan atau Kurang Kuat
“Kalau kau perasan brek makin kurang berfungsi dengan baik, mungkin caliper tidak dapat menekan pad pada disc dengan sempurna. Ini adalah tanda caliper mula haus atau tersumbat.”
2. Bunyi Gesekan atau Berdesing
Bunyi seperti gesekan besi atau berdesing biasanya menunjukkan ada masalah pada caliper atau brake pad. Ini mungkin disebabkan oleh caliper yang haus atau kotor.”
3. Kereta Terasa Tarik ke Satu Arah Bila Brek
“Kalau rasa kereta seperti tertarik ke kiri atau kanan ketika brek, mungkin salah satu caliper tidak berfungsi dengan baik. Ini boleh mengganggu kestabilan pemanduan.”
4. Getaran atau Hentakan pada Pedal Brek
“Bila caliper haus, kadang-kadang kita boleh rasa getaran atau hentakan pada pedal brek. Ini terjadi sebab caliper tidak mampu mencengkam dengan kuat pada pad atau disc.”
1. Pemanduan di Jalan Tidak Rata atau Berliku
“Jika selalu melalui jalan tidak rata atau berbukit, brek digunakan lebih kerap dan intensif. Ini menyebabkan caliper perlu bekerja keras, sehingga lebih cepat haus.”
2. Debu dan Kotoran yang Masuk ke Caliper
“Habuk dan kotoran yang terkumpul pada caliper boleh mengganggu prestasi brek. Kotoran ini boleh menyebabkan caliper menjadi kotor dan tersumbat, mengganggu sistem brek secara keseluruhan.”
3. Pemanduan dengan Beban Berat
“Kalau sering membawa beban berat, tekanan pada sistem brek, termasuk caliper, lebih tinggi. Beban tambahan ini mempercepatkan kehausan caliper.”
1. Servis Berkala
“Pastikan caliper dan brake pad diperiksa setiap kali servis. Kalau ada tanda-tanda haus, lebih baik ditukar awal sebelum ia menyebabkan masalah besar. Caliper yang baik penting untuk keselamatan.”
2. Bersihkan Caliper Secara Berkala
“Jika kereta selalu melalui jalan berdebu atau berlumpur, membersihkan caliper secara berkala dapat membantu. Debu yang terkumpul boleh mengganggu prestasi caliper.”
3. Gunakan Komponen Berkualiti
“Apabila mengganti caliper atau brake pad, pilih komponen yang berkualiti tinggi. Komponen yang baik lebih tahan lama dan memberi jaminan prestasi brek yang lebih baik.”
4. Elakkan Menekan Brek Terlalu Kerap
“Gunakan brek dengan bijak, terutamanya di kawasan berbukit. Elakkan menekan brek berulang kali atau terlalu kuat untuk mengurangkan tekanan pada caliper.”
Brake caliper mungkin nampak kecil, tetapi ia memainkan peranan penting dalam keselamatan pemanduan. Tanpa caliper yang berfungsi dengan baik, kuasa brek akan berkurangan dan mengundang risiko bahaya, terutama dalam situasi kecemasan.
Menjaga caliper dalam keadaan baik dapat memastikan brek sentiasa responsif dan cekap ketika diperlukan, serta meningkatkan keyakinan pemandu.
Jadi, pastikan brake caliper kereta anda selalu diperiksa dan dijaga dengan baik. Dengan caliper yang berfungsi sempurna, anda dapat menikmati pemanduan yang selamat dan tenang tanpa bimbang tentang prestasi brek.
BACA: Jangkaan Luruan Monsun Kuat, Potensi Hujan Sangat Lebat & Berterusan Di Timur Semenanjung
Sumber: Muhammad SE via Facebook