Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Brunei Dolar Wang Kertas Baharu
Gambar: BDCB

Brunei Perkenal Wang Kertas Baharu, Istilah ‘Dolar Brunei’ Ganti ‘Ringgit’

Iqbal Yasir

Brunei Perkenal Wang Kertas Baharu, Istilah ‘Dolar Brunei’ Ganti ‘Ringgit’

Brunei memperkenalkan wang kertas baharu yang diseragamkan kepada penggunaan istilah ‘Dolar Brunei’, menggantikan ‘Ringgit’ pada Isnin.

Bank Pusat Brunei Darussalam (BDCB) dalam satu kenyataan berkata, siri baharu wang kertas itu dijadualkan diedarkan dalam lima denominasi iaitu BND1, BND5, BND10, BND100, dan BND500 pada separuh pertama tahun 2026.

“Siri baharu ini akan menampilkan ciri-ciri keselamatan yang dipertingkatkan, sejajar dengan kemajuan global dalam industri mata wang.

“Penambahbaikan ini bertujuan melindungi keselamatan dan integriti mata wang Brunei Darussalam serta memperkukuh perlindungan terhadap pemalsuan.

“Inisiatif ini mencerminkan komitmen BDCB untuk memastikan keselamatan mata wang, khususnya kerana wang tunai masih memainkan peranan penting dan masih digunakan secara meluas dalam kehidupan seharian, walaupun Brunei Darussalam sedang bergerak ke arah ekonomi digital.

“Wang kertas baharu ini akan kekal dikenali dan mesra kepada orang ramai, sambil mengekalkan identiti serta warisan kebangsaan yang kukuh.

“Secara khusus, ia akan terus menampilkan potret Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Brunei Darussalam pada denominasi BND1, BND5, BND10 dan BND100, serta potret Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien pada denominasi BND500, bersama ikonografi pada bahagian hadapan dan belakang setiap wang kertas,” maklum kenyataan itu.

BACA: TUDM Bakal Laksana Latihan Penerbangan Taktikal, Terbang Rendah Di Sabah

Tambah BDCB, siri baharu ini menggunakan unit mata wang rasmi Brunei Darussalam menurut Currency Order, 2004, iaitu ‘dollar’.

“Istilah ‘Ringgit’ telah digantikan dengan ‘Brunei Dollars’ pada semua denominasi.

“Perubahan ini bertujuan mengukuhkan kefahaman masyarakat serta menggalakkan penggunaan istilah tersebut secara lebih meluas.

“Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk mempromosikan keterangkuman dan memastikan akses pembayaran kekal mudah bagi semua lapisan masyarakat, BDCB turut memperkenalkan ciri baharu DOMINOTM dalam siri wang kertas akan datang bagi membantu golongan cacat penglihatan.

“Ciri ini terdiri daripada titik timbul yang terletak di penjuru kanan bawah setiap wang kertas baharu, dengan setiap denominasi memaparkan susunan unik untuk memudahkan pengguna mengenal pasti nilai wang kertas tersebut.

“BDCB memberi jaminan kepada orang ramai bahawa semua wang kertas sedia ada dalam edaran masih sah digunakan dan akan terus beredar bersama Siri Baharu Wang Kertas Keluarga ini,” kata kenyataan itu lagi.

Sumber: Bank Pusat Brunei Darussalam (BDCB)