Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

BTL Industries Perkenal 6 Inovasi Perubatan Baharu

btl

BTL Industries Perkenal 6 Inovasi Perubatan Baharu

15 April 2026, Kuala Lumpur – BTL Industries, salah satu pengeluar peranti perubatan terkemuka dalam sistem penjagaan kesihatan Malaysia memperkenalkan rangkaian inovasi serta peranti perubatan terbaharu untuk pasaran tempatan.

Acara ini menampilkan SUPER INDUCTIVE SYSTEM DUO (SIS DUO), BTL Walk, R-Force, BTL EXO, BTL CardioPoint serta peranti kesihatan mental terkini, EXOMIND.

Portfolio teknologi ini merangkumi bidang rehabilitasi, mobiliti dan penjagaan jantung, sekali gus mencerminkan peranan BTL dalam memacu inovasi melalui penyelesaian terapi bukan invasif berasaskan teknologi.

Diadakan bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, majlis rumah terbuka tersebut menghimpunkan profesional kesihatan serta rakan industri.

Majlis ini turut menjadi peluang kepada BTL Industries untuk menzahirkan komitmen berterusan dalam mempertingkatkan perkhidmatan kesihatan melalui teknologi bersepadu yang direka bagi meningkatkan hasil rawatan pesakit, menambah baik kecekapan klinikal serta memperluas akses kepada penjagaan yang lebih efektif.

Menyokong Pemulihan Fizikal dan Kesihatan Jantung

BTL Industries turut mempamerkan pelbagai teknologi yang menyokong rehabilitasi fizikal serta pemulihan mobiliti, selaras dengan fokusnya terhadap pendekatan moden dalam memulihkan pergerakan dan fungsi tubuh. Antaranya:

BTL SIS DUO

Sistem fisioterapi bukan invasif yang menggunakan medan elektromagnet berintensiti tinggi untuk merangsang otot, melegakan kesakitan serta menyokong proses pemulihan.

BTL Walk

Sistem latihan berjalan berasaskan robotik yang membantu pesakit mendapatkan semula mobiliti melalui pergerakan pintar yang dibimbing.

BTL R-Force

Treadmill sifar graviti yang mengurangkan impak berat badan, sekali gus membolehkan rehabilitasi dijalankan dengan lebih selamat.

BTL EXO

Rangka luar robotik (exoskeleton) yang membantu pesakit dengan masalah mobiliti untuk berdiri, berjalan serta mendapatkan semula keupayaan berdikari.

BTL CardioPoint

Selain itu, BTL turut memperkenalkan CardioPoint sebagai platform diagnostik bersepadu yang memudahkan pelbagai penilaian jantung dengan sokongan cadangan pintar berasaskan kecerdasan buatan (AI).

BTL Cardiac Rehab

Sistem BTL Cardiac Rehab pula menyokong program pemulihan berstruktur yang bertujuan meningkatkan kesihatan kardiovaskular jangka panjang.

Memperluas Rawatan Kesihatan Mental

Salah satu tumpuan utama acara ini ialah pelancaran BTL EXOMIND, iaitu terapi kesejahteraan mental yang inovatif, sekali gus menandakan usaha BTL Industries dalam menangani aspek kesihatan fizikal dan mental melalui teknologi perubatan moden.

“Kesihatan mental merupakan bidang yang memerlukan perhatian lebih serta akses rawatan yang lebih meluas, terutamanya apabila semakin ramai individu tampil mendapatkan bantuan,” kata Pengarah BTL Industries Malaysia, Mages Moganan.

“Melalui EXOMIND, kami memperkenalkan pilihan rawatan bukan invasif yang disokong secara klinikal dan boleh melengkapkan pendekatan rawatan sedia ada.

Maklum balas awal daripada pengguna adalah positif, sekali gus mendorong kami untuk membawa teknologi ini ke pasaran Malaysia bagi memperluas akses kepada pendekatan inovatif dalam penjagaan kesihatan mental.”

Teknologi ExoTMS™ yang digunakan dalam EXOMIND dan dipatenkan di Eropah berfungsi untuk merangsang bahagian otak yang berkaitan dengan pengawalan emosi, fungsi kognitif serta kawalan diri.

Peranti ini berfungsi dengan mengaktifkan laluan saraf bagi membantu rawatan kemurungan serta gangguan obsesif-kompulsif, sebagai sebahagian daripada pelan rawatan menyeluruh di bawah pengawasan profesional kesihatan bertauliah.

Memacu Masa Depan Terapi dan Penjagaan Pesakit

Teknologi yang dipamerkan mencerminkan aspirasi BTL Industries untuk mentakrif semula terapi moden melalui penyelesaian bukan invasif, pintar dan berfokuskan pesakit.

Dengan mengintegrasikan robotik canggih, terapi elektromagnet, rangsangan saraf serta diagnostik digital, syarikat ini berusaha membantu pengamal perubatan menyediakan rawatan yang lebih tepat dan efisien, di samping meningkatkan hasil pemulihan pesakit.

Seiring dengan evolusi sistem penjagaan kesihatan, BTL Industries kekal komited dalam memperluas peranan teknologi dalam bidang rehabilitasi dan terapi, dengan penekanan terhadap peningkatan akses, kualiti rawatan serta kesejahteraan pesakit dalam jangka panjang.