Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Buat Pertama Kali, Empat Restoran Malaysia Terima Anugerah Bintang Michelin

Shafikah
restoran malaysia bintang michelin
Gambar: Lifestyle Hong Kong

Buat Pertama Kali, Empat Restoran Malaysia Terima Anugerah Bintang Michelin

Empat buah restoran mencipta sejarah apabila menjadi restoran pertama di Malaysia yang menerima anugerah Bintang Michelin, iaitu pengiktirafan berprestij dalam dunia kulinari.

Masing-masing dua di Kuala Lumpur dan dua di Pulau Pinang, keempat-empat restoran berkenaan menerima pengiktirafan satu bintang Michelin.

Dua restoran di Kuala Lumpur tersebut adalah DC by Darren Chin dan Dewakan. DC by Darren Chin menerima pengiktirafan untuk menu empat hingga tujuh hidangan mereka, serta satu untuk vegetarian. Hidangan mereka terdiri daripada masakan Perancis klasik hingga ciptaan menu dengan pengaruh Jepun yang dimasak dengan kemahiran yang luar biasa.

Kredit: Hungry Onion

Manakala Dewakan pula menerima pengiktirafan untuk menu rasa prix fixe yang benar-benar mewakili Malaysia dalam semua segi. Bahan-bahan yang diguna pakai sama ada yang ditapai atau kering dibuat secara dalaman dan digunakan secara meluas dalam masakan, bersama-sama dengan buah-buahan dan herba bermusim.

Selain itu, Restoran Au Jardin di Pulau Pinang pula diiktiraf kerana menu mereka yang berubah-ubah secara bulanan dan menawarkan hidangan Eropah yang canggih beserta kelainan tempatan yang halus.

Kredit: food crush

Satu lagi restoran yang menerima pengiktirafan tersebut adalah Kedai Makan Sekolah Lama Auntie Gaik Lean untuk masakan Peranakan yang dihasilkan daripada resipi rahsia. Setiap bahan masakan adalah disediakan sendiri oleh restoran tersebut.

Selain 4 restoran diiktiraf dengan satu bintang Michelin untuk masakan mereka yang berkualiti tinggi, 32 pertubuhan lain turut menerima Bib Gourmand kerana menawarkan makanan yang enak dengan harga yang sederhana.

Bintang Michelin merupakan anugerah yang diberikan kepada sesebuah restoran yang memiliki ciri khas tentang kualiti makanan. Bahkan ia turut memberikan anugerah ini kepada chef dan hotel-hotel yang mempunyai perkhidmatan terbaik di dunia.

Setiap restoran atau hotel yang diiktiraf dengan anugerah Michelin akan menjadi terkenal dalam kalangan pengembara yang memburu makanan kerana pengiktirafan tersebut membuktikan kualiti makanan yang disediakan restoran tersebut.

Sumber: MICHELIN Guide