Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Budaya Sarapan Malaysia
Kredit: Bernama

Budaya Sarapan Malaysia: Nasi Lemak, Roti Canai, Teh Tarik Dihidang Di Pejabat PBB

Athirah

Budaya Sarapan Malaysia: Nasi Lemak, Roti Canai, Teh Tarik Dihidang Di Pejabat PBB

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) — Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Organisasi Antarabangsa di Geneva pada pagi Khamis telah menganjurkan acara eksklusif bertajuk ‘Malaysian Breakfast Culture: The Protection of Intangible Cultural Heritage’ di Geneva.

Ini adalah kali pertama Malaysia mempamerkan warisan masakannya yang kaya dengan menampilkan hidangan sarapan ikonik – Nasi Lemak, Roti Canai dan Teh Tarik – di Palais des Nations, pejabat PBB di Geneva.

Acara itu diadakan di luar sesi ke-56 Majlis Hak Asasi Manusia yang sedang berlangsung, menurut kenyataan Wakil Tetap Malaysia yang dihantar kepada Bernama.

Datuk Nadzirah Osman, Wakil Tetap Malaysia ke PBB di Geneva, menekankan nilai budaya hidangan kegemaran itu dalam ucapan aluannya, mengiktirafnya sebagai elemen penting warisan budaya tidak ketara Malaysia.

Memahami kepentingan melindungi budaya sarapan Malaysia, termasuk pengetahuan dan kemahiran dalam menyediakan hidangan ikonik itu, Malaysia telah mencalonkan Budaya Sarapan Malaysia untuk disenaraikan dalam Senarai Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan UNESCO pada Mac 2023.

“Pencalonan ini menekankan kepentingan memelihara dan meraikan tradisi masakan Malaysia sebagai sebahagian daripada warisan budayanya yang kaya dan pelbagai,” katanya.

Dalam hal ini, Nadzirah berharap pencalonan Malaysia akan disokong oleh negara-negara anggota semasa pemilihan di Jawatankuasa Antara Kerajaan ke-19 Warisan Budaya Tidak Ketara (ICH) di Paraguay pada Disember tahun ini.

Acara itu dihadiri oleh kira-kira 100 diplomat serta pegawai PBB dan organisasi antarabangsa yang berpeluang menikmati cetusan rasa yang kaya dan mencerminkan masyarakat berbilang budaya di Malaysia.

Kenyataan itu memaklumkan bahawa sebagai ahli Majlis Hak Asasi Manusia PBB dan Jawatankuasa Antara Kerajaan UNESCO bagi Perlindungan Warisan Budaya Tidak Ketara, Malaysia komited untuk mempromosikan hak budaya dan melindungi warisan budaya dalam semua bentuknya.

BACA: Caj CPT Dikenakan Kepada Pengunjung Menginap Di Perak Mulai Tahun Depan

BACA: “Mesti Awek Melayu Buat Dia,” Netizen Terhibur Lihat Kanak-Kanak “Healing” Tepi Tingkap Kereta

Sumber: Bernama