Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Bukan Alphard, Zambry Abd Kadir Selamba Bawa Mesut Özil Naik 'King' Myvi

Mesut Özil Naik 'King' Myvi

Bukan Alphard, Zambry Abd Kadir Selamba Bawa Mesut Özil Naik 'King' Myvi

Baru-baru ini, hantaran Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mencuri perhatian ramai apabila dilihat bersama dengan bekas bintang bola sepak Arsenal dan Real Madrid, Mesut Ozil.

Menariknya dalam hantaran tersebut, beliau dilihat membawa pemain berkenaan dengan menggunakan kenderaan yang sinonim dengan rakyat Malaysia, Perodua Myvi atau nama gelaran King jalan raya.

Dalam gambar yang dikongsi, Ozil dilihat duduk di bahagian tempat duduk belakang sambil memakai kaca mata hitam, manakala beliau sedang memandu kenderaan berkenaan.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen melontarkan pelbagai komen, berseloroh gelagat menteri KPT itu.

Antara komen netizen;

"Use car: Berapa mau tolak.?? Owner Myvi : Condition seat bau Ozil," komen seorang pengguna.

"Myvi is Malaysia’s true legendary car," tulis seorang lagi.

"Ahh sudahh .. king Myvi naik harga la lepas ni," seloroh seorang lagi.

Untuk makluman, pemain itu turut mencuri perhatian ramai apabila hadir ke padang USIM.

Menerusi perkongsian video oleh @pinkygurlish di Threads, kehadiran Mesut Özil di padang USIM jelas menjadi perhatian apabila momen beliau bersama peserta klinik bola sepak mula tular di media sosial.

Difahamkan, Özil hadir ke Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bersempena sesi Meet and Greet bersama peminat serta penyertaan dalam klinik bola sepak yang dianjurkan di kampus tersebut.

Menariknya, beberapa rakaman turut memaparkan Özil mengambil sepakan penalti serta bertukar hantaran dengan peserta klinik bola sepak.

Aksi bersahajanya tetapi penuh kelas itu mengundang perhatian ramai, seolah-olah sentuhan playmaker itu masih kekal seperti dahulu.

Walaupun sudah tidak lagi beraksi di pentas tertinggi Eropah, kehadiran dan interaksi Özil di Malaysia nyata memberi pengalaman berharga yang sukar dilupakan buat peminat bola sepak tempatan.