Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Bukan Basuh Biasa Je, Ini Cara Betul Bersihkan Papan Pemotong Kayu
Umum ketahui, papan pemotong antara peralatan dapur yang paling kerap digunakan setiap hari.
Walaupun sudah basuh berkali-kali, permukaannya masih terasa berminyak, berbau, atau nampak kotor.
Tambahan pula, papan pemotong biasanya digunakan untuk pelbagai jenis bahan dalam satu masa, jadi risiko kotoran dan bakteria melekat memang tinggi.
Oleh itu, ia perlu dibersihkan dengan cara yang betul agar selamat digunakan.
Hari ini, SK ingin kongsikan cara bersihkan papan pemotong daripada pengguna @kudean.zainalhome di TikTok.
Berikut merupakan bahan-bahan yang diperlukan untuk membersihkan papan pemotong dengan lebih berkesan dan menyeluruh.
Menurut @kudean.zainalhome, anda memerlukan garam sebagai agen semula jadi untuk menanggalkan kotoran serta membantu menyerap bau yang melekat pada permukaan papan pemotong.
Seterusnya, anda juga perlu menyediakan lemon yang bertindak sebagai bahan antibakteria semula jadi untuk proses pembersihan.

Selain itu, anda memerlukan scraper atau pisau yang digunakan untuk mengikis sisa makanan degil yang masih melekat pada permukaan papan.
Sabun cuci pinggan pula membantu membersihkan minyak dan kotoran dengan lebih efektif apabila dicuci bersama air.
Air diperlukan untuk membilas papan pemotong selepas dicuci, manakala kain kering digunakan untuk mengelap dan mengeringkan permukaan agar tidak lembap.
Akhir sekali, anda memerlukan minyak yang digunakan sebagai lapisan pelindung (coating) bagi memastikan papan pemotong kekal tahan lama serta tidak mudah kering atau retak.
Mula-mula, @kudean.zainalhome taburkan garam secara rata di atas permukaan papan pemotong.
Kemudian, perahkan sebiji lemon dan gosokkan pada seluruh permukaan papan sehingga meliputi setiap bahagian.
Selepas itu, biarkan selama kira-kira satu jam supaya campuran tersebut dapat membantu menanggalkan kotoran serta bau yang melekat pada permukaan papan.
Seterusnya, ambil scraper atau pisau dan kikis garam yang telah mengering secara perlahan-lahan bagi mengelakkan permukaan papan rosak.

Basuh papan pemotong menggunakan air dan sabun cuci pinggan dan gosok seperti biasa menggunakan span untuk memastikan ia benar-benar bersih.
Setelah selesai, biarkan papan kering dan lap menggunakan kain kering bagi menghilangkan sisa kelembapan.
Akhir sekali, sapukan sedikit minyak seperti almond oil sebagai lapisan pelindung atau coating supaya papan pemotong lebih tahan lama dan kelihatan berkilat.
Biarkan seketika agar minyak meresap sepenuhnya ke dalam permukaan papan sebelum digunakan semula.