Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Bukan 'ChaTraMu', Ini Rupanya Cara Betul Sebut ChaTraMue

Cara Betul Sebut ChaTraMue
Kredit Gambar: ChaTraMue Malaysia

Bukan 'ChaTraMu', Ini Rupanya Cara Betul Sebut ChaTraMue

Sejak beberapa tahun lalu, jenama makanan dan minuman di negara ini tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan.

Tidak kira di bandar mahu pun luar bandar, ramai yang berpeluang menikmati pelbagai jenis minuman sambil bersantai dengan kawan-kawan.

Bukan Cha-Tra-Mu

Namun, mungkin ada sesetengah jenama yang sukar untuk disebut atau kebiasaannya disalah sebut.

Salah satunya ialah jenama minuman dari Thailand, ChaTraMue.

Ramai yang keliru untuk menyebut jenama ini, kebanyakan menyebut ia sebagai 'Cha-Tra-Mu'.

Tetapi ia ternyata salah. Menerusi satu video yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok, @ivy.jesg, dia berkongsi cara betul untuk menyebutnya.

Video itu menyaksikan wanita tersebut bertanya kepada seorang lelaki Thailand bagaimana untuk menyebutnya.

"Sebutannya 'Ca-Ta-Meh'," kata lelaki itu.

Menurutnya lagi, Cha maksudnya teh, Ta pula jenama/cap dan Meh pula tangan. Menjadikannya sebagai Teh Cap Tangan jika diterjemahkan.

Sebelum ini, ChaTraMue sendiri juga pernah menjelaskan sebutan sebenar bagi jenamanya itu.

Jika ditelusuri sejarahnya, ChaTraMue telah menjadi jenama teh yang digemari di Thailand dan diwarisi dari satu generasi ke generasi seterusnya selama lebih 80 tahun.

Jenama itu kini mempunyai lebih 50 cawangan di beberapa negara.