Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
punca bau badan
Kredit: ImageFX

Bukan Sebab Peluh Je, Ini 5 Punca Badan Berbau Yang Ramai Tak Tahu

Azzwin

Bukan Sebab Peluh Je, Ini 5 Punca Badan Berbau Yang Ramai Tak Tahu

Setiap orang mempunyai bau badan tersendiri, namun ia sebenarnya perkara semula jadi. Bau ini datang daripada gabungan peluh, bakteria pada kulit serta gaya hidup harian kita.

Selepas mandi atau semburan pewangi kegemaran, badan terasa segar dan harum. Namun, apabila seharian sibuk bekerja, berjalan di bawah terik mentari atau bersenam, bau badan boleh mula muncul tanpa kita sedari.

Hakikatnya, bau badan bukanlah perkara asing atau memalukan. Ia tidak semestinya menandakan seseorang itu tidak menjaga kebersihan diri. Tubuh setiap orang bertindak balas secara berbeza, menghasilkan aroma tersendiri yang dipengaruhi oleh genetik, makanan, dan rutin harian.

Namun begitu, apabila bau badan menjadi terlalu kuat, ia boleh menjejaskan keyakinan diri dan membuatkan orang di sekeliling berasa kurang selesa.

Ramai menyangka peluh adalah punca utama bau badan, sedangkan hakikatnya, ada banyak faktor lain yang boleh menyebabkan tubuh berbau tanpa kita sedar.

Jadi, kali ini SK akan kongsikan lima punca badan berbau supaya anda lebih faham apa sebenarnya berlaku pada tubuh dan bagaimana untuk mengatasinya, menurut The Healthy.

1. Kesan sampingan ubat

Menurut pakar kesihatan wanita dan penulis buku She-ology, Dr. Sherry Ross, sesetengah ubat sebenarnya boleh menyebabkan peluh berlebihan dan mulut kering.

“Antara ubat yang paling biasa menyebabkan masalah ini termasuklah morfin, antihistamin, dekongestan, ubat antikemurungan tertentu, ubat tahan sakit, dan ubat pelemas otot,” jelasnya lagi.

Jika anda mengalami masalah ini, berbincanglah dengan doktor tentang kemungkinan menukar kepada ubat lain.

Sekiranya anda perlu terus mengambil ubat tersebut, cuba gunakan deodoran atau antipeluh jenis klinikal.

2. Ketagih makanan pedas

Lain daripada itu, gas yang mengandungi sulfur ialah punca utama bau badan selepas anda makan makanan tertentu.

Pakar dermatologi dan penulis buku Asian Beauty Secrets, Dr. Marie Jhin menjelaskan bahawa makanan yang kaya dengan bawang putih, kari atau rempah ratus lain akan melepaskan gas ini apabila tubuh memecahkannya.

“Gas berbau ini akan dilepaskan melalui liang roma, menyebabkan badan berbau selama beberapa jam selepas makan,” tambahnya lagi.

Untuk mengelakkan masalah ini, anda perlu bijak memilih masa untuk menikmati makanan.

“Jangan makan makanan seperti ini sebelum mesyuarat penting atau janji temu,” jelasnya.

Jika anda sudah pun menikmati hidangan seperti bufet India untuk makan tengah hari, jangan panik. Banyakkan minum air, mandi jika boleh serta gunakan deodoran atau antipeluh.

3. Stres berlebihan

Dr. Marie Jhin menjelaskan lagi yang berpeluh adalah tindak balas semula jadi tubuh terhadap tekanan tetapi yang lebih teruk, peluh paling berbau sebenarnya berlaku ketika anda sedang stres.

Peluh akibat stres datang daripada kelenjar apokrin dan pada asalnya tidak berbau, namun apabila bercampur dengan bakteria pada kulit, ia menghasilkan bau badan yang kuat dan tidak menyenangkan.

“Peluh yang terhasil akibat haba atau senaman pula mengandungi lebih banyak air dan elektrolit, sebab itu baunya berbeza,” jelasnya lagi.

Menurut The Healthy, untuk mengelakkan situasi “peluh stres” ini, gunakan deodoran atau antipeluh jenis klinikal terlebih dahulu supaya anda dilindungi apabila tekanan datang. Jika langkah ini masih tidak berkesan, anda boleh berbincang dengan doktor.

“Mencuci pakaian secara berkala dapat mengurangkan jumlah bakteria yang memecahkan peluh menjadi bahan penyebab bau,” tambah pakar dermatologi dari Georgia Dermatology & Skin Cancer Center di Augusta, Dr. Lauren Ploch.

4. Minum alkohol berlebihan

Menurut Dr. Sherry Ross, apabila kita minum minuman beralkohol, tubuh akan memecahkan alkohol tersebut dan menyerapnya ke dalam aliran darah.

“Sebahagian daripadanya akan keluar melalui nafas dan peluh, sebab itulah anda boleh menghidu bau alkohol pada seseorang walaupun sebelum mengetahui mereka telah minum,” jelasnya lagi.

Tambahnya lagi, kesan ini menjadi lebih ketara jika seseorang kerap mengambil alkohol secara berlebihan. Apabila hati mula rosak, organ itu tidak lagi mampu memproses alkohol dengan baik, menyebabkan lebih banyak alkohol keluar melalui peluh dan menghasilkan bau badan yang kuat.

Dr. Shery Ross menyarankan supaya mengehadkan pengambilan alkohol atau elakkan terus daripada meminumnya. Jika ingin minum, cuba selang-selikan dengan air kosong dan hadkan kepada satu atau dua gelas sahaja.

Dr. Marie Jhin pula menasihatkan agar menukar pakaian dan mandi dengan sabun sebaik sahaja pulang dari bar bagi menghilangkan bau yang melekat pada kulit dan pakaian.

5. Tidak memakai stoking

Menurut Dr. Marie Jhin lagi, sekiranya anda sarungkan kaki terus ke dalam kasut bertutup tanpa stoking, sama ada ketika memakai kasut tumit tinggi di tempat kerja, kasut flat atau kasut sukan kasual, anda sebenarnya sedang mengundang masalah kaki berbau.

“Memakai kasut tertutup tanpa stoking untuk menyerap lembapan menyebabkan kaki ‘berendam’ dalam peluh dan bakteria sendiri, dan pengumpulan ini boleh menyebabkan bau kaki yang kuat,” tambahnya.

Untuk mengelakkan masalah ini, Dr. Marie Jhin menyarankan agar menyapu antipeluh pada kaki sebelum memakai kasut, sama ada pada waktu pagi atau malam.

Jika boleh, tanggalkan kasut seketika di bawah meja bagi memberi ruang udara segar pada kaki, kerana ia dapat membantu menghalang pertumbuhan bakteria.

Sebaik sahaja pulang ke rumah selepas seharian memakai kasut, rendam kaki dalam campuran air dan cuka bagi membunuh bakteria yang menyebabkan bau.

The Heatlthy juga mencadangkan untuk jangan pakai kasut yang sama dua hari berturut-turut. Tukar-tukar kasut supaya ia sempat kering dan tidak memerangkap bau.

BACA: 5 Tanda Pelik Tubuh Anda Sebenarnya Mengalami Stres

Sumber: The Healthy