Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

5 Tanda Pelik Tubuh Anda Sebenarnya Mengalami Stres
Setiap hari, kita berdepan dengan pelbagai cabaran seperti tuntutan kerja, tekanan masa hingga tanggungjawab peribadi yang tidak pernah surut.
Dalam kesibukan itu, kita sering menganggap rasa letih dan tidak bermaya sebagai sesuatu yang biasa, tanpa menyedari ia mungkin petanda tubuh sedang meminta rehat.
Pada masa yang sama, tekanan yang terkumpul boleh memberi kesan mendalam terhadap tubuh dan minda.
Seperti yang diketahui, tekanan ialah reaksi semula jadi tubuh terhadap tekanan, namun kesannya tidak selalu jelas.
Lebih menarik lagi, ia sering hadir tanpa tanda yang jelas. Sebaliknya, tubuh memberi petanda aneh yang sukar dijangka.
Justeru, SK kali ini akan kongsikan kepada anda semua lima tanda pelik yang menunjukkan anda sebenarnya sedang mengalami tekanan.
Pernah tak anda rasa terlalu letih dan akhirnya tertidur tanpa sedar? Kadang-kadang, ia mungkin disebabkan keletihan biasa, tetapi ia juga boleh menjadi tanda keletihan berpunca daripada tekanan, menurut Reader’s Digest.
Difahamkan, ini merupakan keadaan di mana tubuh cuba ‘mematikan’ tekanan dengan berehat.
Berdasarkan satu tinjauan besar oleh Persatuan Psikologi Amerika pada tahun 2015, sebanyak 32 peratus individu yang mengalami tekanan melaporkan keletihan sebagai salah satu simptom utama mereka.
Menurut Reader’s Digest, keletihan yang berpunca daripada tekanan boleh berlaku dalam tiga bentuk utama.
Pertama, keletihan emosi seperti perasaan lesu selepas bertengkar dengan seseorang.
Kedua, keletihan fizikal apabila tubuh terasa lemah seperti selepas berlari jauh.
Ketiga, keletihan mental apabila tenaga seolah-olah habis selepas melalui mesyuarat yang panjang di tempat kerja.
Tidur sekejap boleh memberi manfaat kepada tubuh, namun jika anda mendapati diri tertidur setiap kali berasa tertekan, cuba bezakan sama ada anda benar-benar berehat atau sekadar cuba mengelak tekanan.
Jika rasa letih itu berterusan dan disertai gangguan emosi, ia mungkin petanda kemurungan dan anda disarankan untuk mendapatkan bantuan pakar.
Jika tidak, nikmati waktu rehat singkat itu untuk menyegarkan semula tubuh dan minda.
Satu lagi tindak balas terhadap stres yang jarang disedari ialah kecenderungan untuk mengalah atau cuba menyenangkan hati orang lain demi mengelakkan konflik.
Menurut ketua bahagian psikatri dan perkhidmatan psikologi di Long Island Jewish Medical Center, Dr. Curtis Resinger, reaksi ini dikenali sebagai fawning, iaitu keinginan untuk bekerjasama atau tunduk kepada sesuatu ancaman sebagai cara mempertahankan diri.
Secara asasnya, tindak balas ini berasal daripada naluri semula jadi manusia. Bayangkan situasi rompakan, seseorang mungkin menurut sahaja arahan perompak untuk mengelakkan bahaya.
Dalam konteks emosi pula, perkara yang sama boleh berlaku apabila seseorang sanggup menahan perasaan atau berpura-pura tenang semata-mata untuk menjaga hati orang lain.
Sebagai contoh, jika anda bergaduh dengan orang tersayang, anda mungkin memilih untuk diam dan tidak meluahkan perasaan sebenar kerana takut mencetuskan pertelingkahan.
Walaupun nampak seperti tindakan bijak, tabiat terlalu ingin memuaskan hati orang lain ini sebenarnya boleh menjadi tanda bahawa anda sedang tertekan dan suka mengurus emosi dengan sihat.
Pernahkah anda bangun tidur dengan badan terasa lenguh seperti baru habis berlari maraton, padahal semalam anda langsung tidak bersenam?
Kadang-kadang memang normal untuk rasa tegang atau sengal akibat duduk terlalu lama atau kurang regangan, tetapi dalam banyak kes, sakit badan sebenarnya boleh menjadi tanda fizikal bahawa anda sedang mengalami tekanan.
Presiden Persatuan Gangguan Psikofisiologi, Dr. David Clarke berkata, simptom seperti sakit kepala, sakit belakang, sakit otot dan ketidakselesaan pada perut merupakan antara tanda yang paling biasa dialami.
Namun begitu, tekanan juga boleh menyebabkan pelbagai jenis kesakitan lain secara serentak.
Jika anda sering mengalami sakit badan yang berpanjangan tanpa sebab yang jelas, kemungkinan besar tubuh anda sedang memberi isyarat bahawa tahap tekanan sudah melebihi batas.
Dalam keadaan ini, mendapatkan bantuan atau terapi boleh membantu mengurangkan tekanan dan kembalikan keseimbangan mental.
Menurut Reader’s Digest, tabiat mengetap atau menggesel gigi tanpa sedar boleh menjadi tanda anda sedang mengalami tekanan.
Kajian yang diterbitkan pada tahun 2017 dalam Journal of Dentistry mendapati bahawa perbuatan mengetap gigi secara berlebihan mempunyai kaitan rapat dengan sifat mudah cemas dan tekanan.
Kebiasaan ini boleh menyebabkan sakit kepala, rahang terasa sengal, otot muka tegang serta gigi menjadi lebih sensitif.
Jika dibiarkan dalam tempoh yang lama, ia boleh mengakibatkan gigi haus, retak ataupun longgar.
Menariknya, ramai tidak menyedari mereka melakukannya kerana ia sering berlaku semasa sedang berehat atau tidur.
Lawatan berkala ke doktor gigi boleh membantu mengesan masalah ini lebih awal.
Namun begitu, tekanan dalam kehidupan sering menjadi punca utama. Jadi, penting untuk mengenal pasti apa yang menyebabkan tekanan dan mencari cara untuk mengurangkannya sebelum memberi kesan kepada kesihatan fizikal anda.
Dalam keadaan ini, sesetengah orang mungkin mengalami reaksi ‘kaku’ atau freeze response, iaitu apabila tubuh dan minda seolah-olah berhenti berfungsi seketika.
Ia terjadi apabila anda tiba-tiba kaku, bernafas pendek dan rasa seperti terperangkap tanpa mampu berbuat apa-apa.
Dalam situasi yang mengancam nyawa seperti serangan fizikal atau bencana alam, tubuh kita mungkin bertindak balas dengan cara ini sebagai usaha untuk melindungi diri, seolah-olah cuba menutup kesedaran terhadap bahaya yang sedang berlaku.
Namun, tindak balas ini bukan hanya berlaku dalam keadaan ekstrem. Ia jua boleh muncul apabila seseorang berasa tidak berdaya, sama ada disebabkan oleh faktor umur seperti kanak-kanak yang belum pandai mengurus emosi atau keadaan mental seperti individu yang masih dalam proses pemulihan trauma.
Reaksi ‘kaku’ ini adalah cara tubuh menunjukkan bahawa ia sedang bergelut untuk menghadapi tekanan yang melampau.
BACA: Istimewa Bukan Pelik, Kenali Sindrom Asperger
Sumber: Reader’s Digest