Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Gambar: ImageFX

Istimewa Bukan Pelik, Kenali Sindrom Asperger

Azzwin

Istimewa Bukan Pelik, Kenali Sindrom Asperger

Sesetengah individu dilahirkan dengan fokus dan semangat yang luar biasa.

Mereka melihat dunia dengan cara berbeza, berpegang teguh pada apa yang mereka percaya dan tidak gentar untuk mengekspresikan pendirian mereka.

Menariknya, ciri seperti ini sering dilihat dalam kalangan individu yang mempunyai Sindrom Asperger. Namun, apa yang sebenarnya membuat mereka berbeza? Justeru, kali ini SK akan menerangkan secara terperinci mengenai sindrom berkenaan.

Apakah itu Sindrom Asperger?

Sindrom Asperger ialah salah satu bentuk autisme (Autism Spectrum Disoder, ASD). Dahulu, sindrom ini dianggap sebagai gangguan yang berasingan, namun kini ia dikategorikan di bawah satu spektrum yang sama kerana mempunya ciri dan corak yang perkembangan yang serupa.

Individu dengan sindrom Asperger biasanya mempunyai cara berfikir dan cara berinteraksi yang berbeza.

Mereka mungkin sukar memahami isyarat sosial, lebih selesa dengan rutin harian yang tetap, dan mempunyai minat yang mendalam terhadap topik tertentu.

Sesetengah doktor masih merujuk Sindrom Asperger sebagai bentuk autisme yang berfungsi tinggi, iaitu keadaan di mana gejalanya lebih ringan berbanding jenis autisme lain.

Namun, istilah ini kini dianggap tidak sesuai kerana ia boleh menimbulkan salah faham.

Ramai individu autistik lebih selesa menggunakan istilah mengikut tahap, seperti:

  • Tahap 1: Memerlukan sedikit sokongan

  • Tahap 2: Memerlukan sokongan yang lebih ketara

  • Tahap 3: Memerlukan sokongan yang banyak

Adakah Sindrom Asperger dikategorikan sebagai Autisme?

Menurut WebMD, doktor menganggap Sindrom Asperger dan autisme sebagai dua keadaan yang berbeza.

Namun klarifikasi ini telah berubah sejak tahun 2013, apabila edisi baharu Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders (DSM-5), iaitu panduan utama pakar kesihatan mental telah diterbitkan.

Kini, Sindrom Asperger tidak lagi dikategorikan sebagai diagnosis yang berasingan. Sebaliknya, ia dianggap sebagai sebahagian daripada Autism Spectrum Disorder (ASD), kerana kedua-duanya berkongsi banyak simptom dan ciri yang sama.

Sejarah Sindrom Asperger

Sindrom ini dinamakan sempena seorang doktor dari Vienna pada zaman pemerintah parti Nazi yang bernama Hans Asperger.

Pada tahun 1940, beliau merupakan antara yang terawal memerhatikan corak simptom tertentu terhadap kanak-kanak dibawah jagaan beliau. Pemerhatian ini lah yang kemudian menjadi asas kepada apa yang dikenali sebagai Sindrom Asperger.

Apa yang mencetuskan Sindrom Asperger?

Setakat ini, para penyelidik belum menemui punca tepat yang menyebabkan Sindrom Asperger. Namun, banyak kajian menunjukkan bahawa faktor genetik dan perbezaan dalam perkembangan otak memainkan peranan penting.

Apa yang pasti, sindrom ini bukan berpunca daripada cara ibu bapa membesarkan anak. Ia bukan disebabkan oleh pengasuhan yang “salah”, tetapi lebih kepada cara otak individu berfungsi dan memproses maklumat dengan berbeza sejak lahir.

Bagaimana Sindrom Asperger dikenal pasti?

Kini, sindrom ini tidak lagi digunakan secara rasmi. Individu yang dahulunya didiagnosis dengan Sindrom Asperger akan didiagnosis di bawah kategori Autism Spectrum Disoder (ASD).

Pada usia berapa Sindrom Asperger dikenal pasti?

Doktor boleh mengesan tanda-tanda autisme seawal usia 18 bulan atau lebih muda. Sesetengah kanak-kanak mungkin menerima diagnosis rasmi seawal usia 2 tahun.

Namun begitu, ada juga individu yang hanya disahkan berada dalam spektrum autisme semasa remaja atau ketika dewasa.

Ciri-ciri Sindrom Asperger

Sindrom ini biasanya mula kelihatan seawal usia 5 hingga 9 tahun, malah ada juga yang dikenal pasti selepas meningkat dewasa. Setiap individu mempunyai simptom yang berbeza.

Antara ciri yang mungkin ditunjukkan oleh individu dengan sindrom ini termasuklah:

  • Sukar mengekalkan kontak mata semasa bercakap

  • Tampak janggal atau tidak selesa dalam situasi sosial

  • Tidak tahu cara memberi respon yang sesuai ketika bersembang

  • Kurang peka terhadap isyarat sosial, seperti nada suara atau gerak-geri orang lain

  • Menunjukkan sedikit emosi ketika berinteraksi

  • Tidak memahami riak wajah individu lain

  • Bercakap dengan nada yang mendatar

  • Mengulang perkataan, frasa atau pergerakan tertentu

  • Tidak gemar perubahan

  • Lebih gemar melakukan perkara yang sama setiap hari, seperti makan makanan yang serupa atau mengikut jadual tetap

Tanda-tanda Sindrom Asperger dalam kalangan kanak-kanak

Jika tanda-tanda ini mula dilihat daripada kanak-kanak, berjumpalah dengan pakar pediatrik.

Doktor boleh merujuk kepada pakar kesihatan mental yang berpengelaman dalam bidang Autism Spectrum Disorder (ASD).

Selain itu, doktor kemungkinan akan menanyakan beberapa soalan seperti:

  • Apakah simptom yang mereka tunjukkan, dan bilakah anda mula menyedarinya?

  • Adakah mereka mempunyai minat yang mendalam terhadap sesuatu topik atau aktiviti?

  • Adakah mereka mempunyai rakan, dan bagaimana cara mereka berinteraksi dengan orang lain?

Tanda-tanda Sindrom Asperger dalam kalangan orang dewasa

Tidak ciri yang khusus untuk orang dewasa, namun ada beberapa tanda yang lebih kerap berlaku, antaranya:

  • Pergerakan yang agak canggung dan tidak seimbang

  • Kemahiran bertutur yang baik

  • Tumpuan atau minat yang mendalam terhadap sesuatu topik

  • Kesukaran menyesuaikan diri dalam situasi sosial

  • Kepekaan yang tinggi terhadap bunyi, cahaya, dan sentuhan

Rawatan untuk Sindrom Asperger

Setiap individu dengan sindrom ini mempunyai keperluan dan cabaran yang berbeza. Justeru, tiada rawatan yang sesuai untuk setiap penghidap sindrom ini.

Doktor biasanya akan mencuba beberapa jenis terapi bagi mencari kaedah yang paling berkesan. Lebih awal rawatan dan sokongan dimulakan, lebih besar peluang untuk mencapai perkembangan positif.

Antara beberapa rawatan yang boleh dilakukan ialah:

Terapi pertuturan

Terapi ini membantu individu meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan mengespresikan diri dengan lebih baik.

Melalui terapi ini, individu boleh belajar cara untuk berbual, memahami isyarat sosial seperti gerak tangan, ekspresi wajah, dan kotak mata.

Bagi individu autistik yang tidak bertutur (nonverbal), terdapat pilihan seperti bahasa isyarat atau program komunikasi bergambar bagi memudahkan komunikasi seharian.

Cognitive Behavioral Therapy (CBT)

Terapi ini membantu individu memahami dan mengurus emosi, pemikiran serta tingkah laku dengan baik.

Dalam sesi ini, ahli terapi akan bekerjasama dengan pesakit untuk mengenal pastik corak pemikiran yang negatif atau mengganggu, dan mennggantikannya dengan cara berfikir yang lebih sihat.

Terapi ini membantu individu membina keyakinan diri dan kemahiran sosial, terutama ketika berdepan dengan situasi yang mencabar.

Applied Behavior Analysis (ABA)

Ini merupakan pendekatan yang digunakan untuk menggalakkan tingkah laku positif seperti kemahiran sosial dan komunikasi, sambil mengurangkan tingkah laku yang negatif.

Ahli terapi biasanya menggunakan pujian, ganjaran, atau dorongan positif untuk membantu seseorang membentuk tabiat yang lebih baik.

Walau bagaimanapun, Applied Behavior Analysis (ABA) juga menjadi topik perdebatan dalam komuniti autistik.

Ada yang berpendapat terapi ini seolah-olah mereka menyesuaikan diri dengan cara “normal” masyarakat.

Ubat-ubatan

Buat masa ini, tiada ubat khusus yang diluluskan untuk merawat Sindrom Asperger. Namun, terdapat beberapa jenis ubat yang boleh membantu mengawal simptom sampingan yang sering dialami, seperti kemurungan, kebimbangan (anxiety), atau tingkah laku impulsif.

Antara ubat yang mungkin disarankan oleh doktor termasuk:

  • Selective Serotonin Reuptake Inhibitors (SSRIs)

  • Ubat antipsikotik

  • Ubat perangsang (stimulant)

Pendidikan untuk ibu bapa

Bagi ibu bapa yang membesarkan anak dalam spektrum autisme, pengetahuan dan latihan yang betul amat penting untuk membantu perkembangan anak. Dalam sesi pendidikan ibu bapa, mereka akan belajar teknik yang sama seperti yang diajar kepada anak, supaya latihan dapat diteruskan di rumah secara konsisten.

Namun, semasa mencari terapi atau rawatan, berhati-hati dengan tawaran meragukan seperti:

  • Rawatan yang kononnya mampu “menyembuhkan” autisme atau berasaskan pada teori konspirasi

  • Ia menjanjikan kesan yang berkesan untuk semua individu autistik

  • Mendakwa boleh menggantikan terapi berasaskan bukti, seperti terapi pertuturan atau terapi tingkah laku

Jika sesuatu tawaran kedengaran terlalu sempurna atau luar biasa, itu mungkin tanda bahawa ia tidak selamat atau tidak disokong oleh pakar perubatan.

Mereka mungkin tidak melihat dunia seperti kebanyakan orang

BACA: 6 Cara Bantu Legakan Influenza

BACA: Bukan Semua Sakit Kepala Sama, Ketahui Perbezaannya

BACA: Anak Dijangkiti Penyakit HFMD? Ini Cara Cegah Yang Anda ‘Wajib’ Tahu

Sumber: WebMD