Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
resipi kuih sopang
Kredit: Nor Adlin Elina

Resipi Kuih Sopang, Kuih Istimewa Dari Negeri Sembilan

Aina Munirah

Resipi Kuih Sopang, Kuih Istimewa Dari Negeri Sembilan

Malaysia sememangnya sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian kaum, budaya serta adat resam yang unik dan menarik.

Kepelbagaian ini bukan hanya dapat dilihat melalui sambutan perayaan, pakaian, ataupun tarian sahaja. Malah, ia juga boleh dilihat menerusi variasi makanan yang ada di negara ini. Tidak dinafikan, setiap hidangan tradisi yang disajikan menjadi cerminan identiti oleh kaum tersebut.

Misalnya, sebut sahaja negeri Pahang, juadah ikan patin masak tempoyak sering disebut. Sama juga dengan negeri Kelantan, nasi kerabu.

Kepelbagaian makanan tradisi ini juga menjadi lambang yang membolehkan orang luar menikmati keindahan yang ada sekali gus melambangkan keindahan budaya.

Salah satu hidangan tradisi yang unik termasuklah kuih sopang yang berasal dari Negeri Sembilan.

Mungkin ada yang ingin membuatnya sendiri di rumah tapi tidak tahu caranya.

Justeru, jom ikuti cara untuk menyediakannya dari perkongsian Nor Adlin Elina di laman Facebook miliknya.

Bahan-bahan kuih sopang

Bahan-bahan inti kelapa

  • Gula melaka

  • Daun pandan

  • Kelapa parut

Bahan-bahan doh

  • 1 1/2 cawan tepung pulut

  • Santan

  • Perisa pandan

  • Pewarna hijau

Bahan-bahan kuah santan

  • Santan

  • Garam

Cara penyediaan

Mula-mula, masak inti kuih sopang terlebih dahulu. Cairkan gula melak Kemudian, masukkan daun pandan yang telah disimpul dan masukkan juga kelapa parut. Kacau sehingga kesemuanya merata dan ketepikan.

Langkah berikutnya, anda boleh sediakan doh. Mula-mula, masukkan tepung pulut dan santan. Untuk santan, masukkan sedikit demi sedikit sehingga doh tidak melekat.

Seterusnya, anda boleh titiskan pewarna hijau dan perisa pandan. Ini adalah pilihan sahaja kerana resipi asal kuih sopang tidak berperisa pandan.

Selepas itu, ambil doh tadi dan leperkan. Letak inti kelapa di tengah-tengah doh dan tutup ia sehingga membentuk seperti karipap.

Kemudian, trim sedikit dekat bahagian tepi supaya ia lebih kemas. Susun kuih tersebut di dalam bekas sebelum dikukus.

Dalam masa yang sama, sediakan kuah santan. Campurkan santan dengan garam di dalam mangkuk berasingan. Kacau sebati. Seterusnya, tuangkan kuah santan tersebut ke atas kuih sopang tadi.

Kukus selama 20 hingga 25 minit dengan api sederhana. Apabila siap dikukus, sejukkan terlebih dahulu sebelum dihidangkan.

Selamat mencuba! Untuk melihat video dengan lebih jelas, anda boleh tonton video di bawah ini.

Sumber:Facebook