Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Bukan Sekadar Anime, Pelajar UM Kaji "Attack On Titan" Untuk Projek Tahun Akhir

Aina Munirah
Pelajar UM Kaji "Attack On Titan"
Kredit: Universiti Malaya

Bukan Sekadar Anime, Pelajar UM Kaji "Attack On Titan" Untuk Projek Tahun Akhir

Sebut sahaja Attack on Titan, pasti ramai peminat anime mengenali siri yang pernah mencetuskan fenomena luar biasa di seluruh dunia itu.

Dengan jalan cerita yang penuh misteri, aksi mendebarkan dan perkembangan watak yang kompleks, karya ciptaan Hajime Isayama tersebut berjaya mencuri perhatian jutaan penonton sejak tayangan musim pertamanya pada 2013.

Malah, popularitinya yang berterusan menjadikan Attack on Titan sebagai antara karya anime paling berpengaruh dan sering dianggap sebagai antara yang terbaik pernah dihasilkan.

Pelajar UM buat kajian mengenai keganasan dalam filem AOT

Baru-baru ini, satu perkongsian dari Universiti Malaya (UM) di laman Facebook telah menarik perhatian, khususnya penggemar siri animasi Attack on Titan sendiri.

Salah seorang pelajar dari Fakulti Sastera dan Sains Sosial di universiti itu, Ahmad Danial Adib Ahmad Daud telah melakukan satu kajian mengenai bagaimana keganasan dipersembahkan dan dijustifikasikan dalam Attack on Titan Final Season menggunakan Teori Moral Disengagement oleh Albert Bandura.

Kredit: Universiti Malaya

Kongsi UM, walaupun keganasan lazimnya dianggap bertentangan dengan nilai moral, sesebuah naratif mampu membentuk cara penonton menilai tindakan tersebut.

"Melalui analisis beberapa adegan terpilih, kajian ini meneliti bagaimana jalan cerita, dialog dan pembinaan watak mempengaruhi persepsi moral penonton," tulis UM lagi.

Bukan itu sahaja, hasil kajian yang diperoleh berdasarkan siri animasi ini juga sering digambarkan sebagai sesuatu yang perlu demi kelangsungan hidup, kebebasan serta keselamatan kelompok.

Kredit: Universiti Malaya

"Naratif yang membezakan antara 'kita' dan 'mereka', serta penggunaan bahasa yang mengurangkan kesan negatif sesuatu tindakan, menjadikan keganasan kelihatan lebih boleh diterima dalam konteks cerita," kongsinya lagi.

Jadi, ini sekaligus menyebabkan para penonton lebih cenderung untuk mempunyai sifat simpati dengan watak-watak yang melakukan keganasan apabila tindakan tersebut digambarkan sebagai tujuan yang besar.

Reaksi peminat anime

Setelah perkara ini dikongsi oleh UM, rata-rata peminat anime turut memberi pelbagai reaksi dan berasa teruja dengan hasil kajian yang dilakukan oleh pelajar ini.

"Unik! Lepaasni Gintama pulak!" komen seorang pengguna.

"Menariknya! Tahniah," komen seorang lagi netizen.

"Bestnya fyp boleh buat kajian pasal anime dan game," tulis seorang lagi.

"Terbaik! Saya rasa Hajime Isayama mesti gembira kalau dapat tahu ada orang buat kajian pasal AOT," komen seorang lagi warganet.

Jadi, apa pula kata peminat AOT di luar sana? Anda setuju tak dengan hasil kajian ni?