Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Bukan Sekadar Hiasan, Ini Sebab Sebenar Bakul Dobi Ada Lubang
Bakul dobi merupakan antara barangan asas yang wajib ada di setiap rumah kerana fungsinya sangat praktikal dalam urusan harian.
Hampir setiap hari kita menggunakannya, sama ada untuk mengisi pakaian kotor mahupun membawa pakaian yang sudah bersih.
Namun, pernahkah anda perasan hampir semua bakul dobi mempunyai lubang pada bahagian sisinya?
Ramai mungkin fikir lubang pada bakul dobi hanya untuk hiasan atau bagi membolehkan air keluar. Sebenarnya, lubang itu ada fungsi lain yang lebih penting.
Menurut portal Green Matters, lubang pada bakul dobi direka dengan beberapa tujuan:
1. Menjadikan bakul lebih ringan
Mudah diangkat walaupun penuh dengan pakaian.
Reka bentuk ini diinspirasikan daripada bakul anyaman tradisional yang sememangnya mempunyai ruang-ruang di antara anyaman.
2. Memberi pengudaraan yang baik
Mengelakkan pakaian bersih daripada berbau hapak.
Mengurangkan bau busuk pakaian kotor yang dibiarkan terlalu lama.
Membantu pakaian yang masih sedikit lembap kering lebih cepat, sekali gus mengelakkan kulat dan bau yang tidak menyenangkan.
Secara tidak langsung, lubang ini bukan sahaja menjaga pakaian tetapi juga memudahkan pengguna kerana bakul menjadi lebih ringan dan praktikal untuk digunakan.
BACA: 8 Benda Yang Anda Tak Patut Bersihkan Guna Air
BACA: Ketahui 12 Benda Yang Boleh Dibersihkan Guna Lemon
BACA: Kalendar 2026: Senarai Lengkap Cuti Umum & Hari Pelepasan Am Malaysia
Sumber: Green Matters