Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Bukan Sekat, Tapi Bantu ‘Buka Jalan’ Untuk Ambulans

KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) — Pejabat Menteri Wilayah Persekutuan hari ini menjelaskan laporan yang mengatakan konvoi menteri berkenaan menyekat perjalanan sebuah ambulans di Jalan Istana di sini, Rabu lepas, seperti tular melalui satu klip video yang dimuat naik dalam media sosial adalah satu ‘salah lapor’.

Sebaliknya, pejabat menteri itu memaklumkan rombongan itu sebenarnya memintas ambulans itu untuk membuka jalan bagi membantunya melepasi keadaan trafik yang sesak ketika kejadian pukul 9.15 pagi itu.

“Hasilnya, kereta menteri dan ambulans berjaya melepasi kesesakan itu dan berjalan dengan lancar selepas laluan dibuka oleh anggota trafik DBKL itu,” menurut kenyataan itu.

Turut disertakan bersama hantaran itu rakaman video oleh Pusat Pengurusan Pengangkutan (Itis) DBKL yang menunjukkan ambulans mengekori rombongan kenderaan pengiring menteri bagi merentasi jalan yang sesak.

Sumber: BERNAMA