Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

MPH Bookstores Bakal Buka Cawangan Baharu Di AEON Mall KL Midtown

MPH Bookstores bakal membuka lembaran baharu menerusi rancangan mengembangkan rangkaian kedai bukunya, sekali gus memperkukuh kehadirannya dalam industri peruncitan buku di Lembah Klang dan kawasan sekitarnya.

Cawangan terbaharunya dijadualkan dibuka di AEON Mall KL Midtown menjelang penghujung Disember 2026. Pembukaan itu menjadi satu lagi langkah MPH Bookstores dalam memudahkan orang ramai mendapatkan bahan bacaan, ilmu pengetahuan serta pengalaman meneroka pelbagai pilihan buku.

Cawangan baharu itu akan menawarkan suasana yang selesa untuk pelanggan mendapatkan pelbagai bahan bacaan, produk menarik serta menikmati pengalaman yang menggalakkan minat membaca, pembelajaran dan kreativiti.

Ketua Pegawai Eksekutif MPH Bookstores, Martin Cross berkata, pihaknya komited untuk memperluas kehadiran jenama itu, mendekati lebih banyak komuniti serta menyediakan pengalaman yang menghubungkan pelanggan dengan buku dan idea baharu.

Operasi Di The Exchange TRX Ditamatkan

Dalam perkembangan berkaitan, MPH Bookstores akan menamatkan operasi cawangannya di The Exchange TRX pada 28 November 2026 sebagai sebahagian daripada peralihan strategik syarikat.

MPH Bookstores turut merakamkan penghargaan kepada pelanggan, ahli, rakan penerbitan serta komuniti pembaca yang telah memberikan sokongan kepada cawangan berkenaan sepanjang tempoh operasinya.

Bagaimanapun, pelanggan masih boleh menikmati pengalaman membeli-belah MPH Bookstores menerusi cawangan sedia ada dan platform dalam talian.

Orang ramai juga boleh menantikan pembukaan cawangan baharu di AEON Mall KL Midtown, manakala maklumat lanjut mengenai pembukaan serta aktiviti yang bakal dianjurkan akan diumumkan kelak.

MPH Bookstores berharap langkah pengembangan ini dapat mengukuhkan hubungannya dengan masyarakat serta terus menjadi sebahagian daripada perjalanan membaca rakyat Malaysia untuk generasi akan datang.