Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Bukit Aman Hantar Ruby Ke Lokasi Mayat Zayn Rayyan Ditemui

Nur Syahirah Zainoor Hisham
ruby anjing k9 zayn rayyan
Kredit: Bernama

Bukit Aman Hantar Ruby Ke Lokasi Mayat Zayn Rayyan Ditemui

Hari ini, Unit Anjing Pengesan (K9) Bukit Aman sekali lagi dibawa masuk ke lokasi mayat kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin ditemui.

Anjing pengesan jenis German Shepherd, Ruby dilihat mulai masuk ke lokasi penemuan mayat Zayn Rayyan kira-kira pukul 1.50 tengah hari.

Menurut Sinar Harian, anjing berkenaan dilihat melakukan penjejakan semula di kawasan saliran air. Sementara itu, pasukan forensik PDRM turut dilihat menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

Tindakan ini dipercayai bertujuan untuk mengesan petunjuk baharu melibatkan kes pembunuhan tersebut.

Sebelum ini, pasukan penyiasat Polis DiRaja Malaysia (PDRM) turut menjalankan pemeriksaan agresif termasuk menggunakan unit K9 dalam operasi mencari dan menyelamat.

Selain unit K9, dron turut digunakan untuk mengesan bahan bukti berhubung kes pembunuhan Zayn Rayyan

Khamis lepas, pasukan penyiasat PDRM turut menerbangkan dron di lokasi kejadian dan di laluan tikus di laluan sama bagi mengesan sebarang bukti.

Operasi berkenaan dilaksanakan oleh Unit Drone Pasukan Gerakan Udara (PGU) Bukit Aman kira-kira 5.00 petang hari berkenaan.

Dron berkenaan diterbangkan pada ketinggian kira-kira 30 meter di sekitar kawasan belukar dan anak sungai dimana mayat adik Zayn Rayyan ditemui.

Menurut Sinar Harian lagi, operasi itu difahamkan untuk mencari sebarang bukti yang dapat dikaitkan dengan pembunuhan tersebut.

Pada masa yang sama, ia juga bertujuan untuk mengesan kemungkinan terdapat laluan tikus di kawasan itu.

Sebelum ini, khidmat Unit Anjing Pengesan telah digunakan bagi membantu mencari Zayn Rayyan di kawasan sekitar Apartment Idaman pada tiga hari lepas.

Namun begitu, usaha menggunakan anjing pengesan tidak berhasil apabila gagal mengesan keberadaan Zayn Rayyan.

Rabu lepas, media melaporkan adik Zayn Rayyan ditemui sudah tidak bernyawa, kira-kira 10 malam.

Mayatnya ditemui di aliran anak sungai berhampiran kawasan kediamannya oleh kumpulan penduduk yang membantu polis dalam operasi mencari itu.

Ketika ditemui, mangsa dalam keadaan terbaring di tepi anak sungai terletak kira-kira 200 meter dari blok kediamannya di Apartmen Idaman.

Kes kematian kanak-kanak itu diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh selepas hasil bedah siasat menemui kesan kecederaan pada leher dan badan mangsa.

BACA: “Jumpa Lagi Ya Abang” Ibu Luah Rasa Rindu, Nak Peluk & Cium Adik Zayn Rayyan

Sumber: Bernama via X, Sinar Harian