Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

"Bumi seperti bot penyelamat tergantung di alam semesta" - Kru Artemis II

Bumi seperti bot
Kredit: Bernama

“Bumi seperti bot penyelamat tergantung di alam semesta” - Kru Artemis II

“Bumi seperti bot penyelamat tergantung di Alam Semesta” itulah luahan salah seorang kru Artemis II, Christina Koch sewaktu menamatkan misi berkenaan di pangkalan NASA di Houston pada Sabtu lalu.

Dalam ucapannya di Ellington Field, Koch mendedahkan bahawa pengalaman melihat Bumi dari jarak rekod lebih 400,000 kilometer telah mengubah caranya memandang bumi, rumah kepada manusia.

“Secara jujurnya, apa yang paling menarik perhatian saya bukanlah Bumi semata-mata, tetapi kegelapan pekat yang mengelilinginya

“Bumi hanyalah sebuah bot penyelamat yang tergantung (belayar) tanpa gangguan di tengah-tengah alam semesta. Planet Bumi (bot), anda semua adalah kru,” ujarnya.

Pecah Rekod Apollo 13

Kredit: NASA

Lebih manis, misi kali ini berjaya memecahkan rekod jarak jauh manusia di angkasa lepas, melepasi pencapaian ikonik misi Apollo 13.

Misi Artemis II ini turut merakam imej “Earthset” yang memukau, memperlihatkan planet biru kita terbenam di sebalik permukaan bulan yang kelabu dan berlubang.

Imej tersebut dianggap sebagai pengganti moden kepada foto “Earthrise” yang terkenal dari tahun 1968.

Ketibaan semua kru di Houston disambut dengan tepukan gemuruh dan ramai menyifatkan misi kali ini merupakan kejayaan besar buat umat manusia.

“Ia adalah satu perkara yang istimewa untuk menjadi manusia, dan satu perkara yang istimewa untuk berada di planet Bumi,” luah Komander Reid Wiseman.

Kejayaan Artemis II bukan sahaja membawa pulang data saintifik dan refleksi falsafah, tetapi juga menjadi batu lonjakan kritikal bagi NASA.

Agensi itu kini sedang giat mempersiapkan misi Artemis III dan seterusnya Artemis IV pada tahun 2028, yang disasarkan untuk mendaratkan semula manusia di kutub selatan bulan.