Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Burger King Malaysia Buat Vibe Check, Inilah KingCam

BURGER

Burger King Malaysia Buat Vibe Check, Inilah KingCam

Burger King® Malaysia memulakan bulan Julai dengan sesuatu yang bakal menjadi bualan hangat. Perkenalkan KingCam Mini Camera, barangan koleksi edisi terhad hasil kolaborasi bersama Coca-Cola, yang boleh dimiliki secara eksklusif melalui kempen Vibe Check with KingCam Mini Camera. Inilah produk eksklusif yang semua orang akan berebut untuk dapatkan. Persoalannya, siapa yang akan mendapatkannya dahulu?

Pertama, Pakejnya

Sebelum kamera, inilah bintang utamanya. Kempen Vibe Check with KingCam Mini Camera daripada Burger King® Malaysia memberikan anda dua cara untuk mendapatkan KingCam. Pilih Set Hidangan Medium Nachos Cheese Deluxe dengan 4 ketul Nuggets pada harga RM25.95, atau Set Hidangan Medium Ayam Goreng 2 ketul dengan Nachos Cheese Dunk pada harga RM27.40 (termasuk SST 6%).

Kemudian, Barangan Koleksinya

Melalui pembelian mana-mana set terpilih, anda boleh mendapatkan KingCam Mini Camera pada harga istimewa beli-dengan-beli RM59.90, dengan kad SD 1 GB sekali (nilai runcit: RM99). Direka khas melalui kolaborasi bersama Coca-Cola, KingCam Mini Camera direka untuk merakam detik-detik yang patut diingati: makanan sedap, kawan-kawan tersayang dan waktu yang menyeronokkan.

Lebih daripada sekadar koleksi edisi terhad, inilah cara anda untuk jadi sebahagian daripada vibe itu. Dan satu-satunya jalan untuk memilikinya adalah melalui Burger King®. Jangan sampai ketinggalan, pastikan anda antara yang tarawal memilikinya.

Di Sinilah Segalanya Bermula

“Berkumpul sambil menikmati makanan yang sedap memang sudah sebati dalam budaya kita sebagai rakyat Malaysia. Melalui kempen Vibe Check with KingCam Mini Camera, kami ingin meraikan momen-momen kecil yang menjadikan setiap pertemuan lebih bermakna. KingCam dicipta untuk mengabadikan detik-detik itu, memberi pelanggan kami cara yang lebih menyeronokkan untuk merakam kenangan sebelum ia berlalu.” kata Leong Huey Ying, Ketua Pemasaran, Burger King Malaysia.

KingCam Mini Camera boleh didapati di cawangan Burger King® Malaysia yang terpilih di seluruh negara mulai 13 Julai 2026, selagi stok masih ada.

Cara Mendapatkannya

Kunjungi mana-mana cawangan Burger King® Malaysia yang terpilih mulai Isnin, 13 Julai 2026. Pilih pakej yang layak dan dapatkan KingCam Mini Camera pada harga RM59.90.

Untuk maklumat lanjut, ikuti Burger King Malaysia di Facebook dan Instagram.