Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

BYD Sime Motors, pengedar rasmi kereta BYD di Malaysia, hari ini memperkenalkan BYD SEAL 6 EV, pelancaran sulung model tersebut di peringkat antarabangsa yang diadakan di Malaysia.
Mercu jaya ini merupakan sebahagian daripada komitmen BYD kepada Malaysia, sambil menetapkan penanda aras baharu dalam kategori sedan segmen-C.
BYD SEAL 6 EV meluaskan portfolio BYD di Malaysia, yang menggabungkan teknologi kenderaan elektrik terkini, keselesaan premium dan reka bentuk moden. Dengan model baharu ini, BYD berusaha menjadikan pengangkutan elektrik dan segmen sedan lebih menarik dan mudah dimiliki oleh para pemandu Malaysia.

Slogan/Tagline Produk di Malaysia
BYD SEAL 6 EV – Era Baharu bagi Sedan Segmen-C di Malaysia
Kejituan. Keseronokan. Penjajaran.
Kejituan, merupakan model pertama BYD dengan sistem suspensi canggih serba baharu, mengetengahkan ciri pacuan roda belakang untuk keseimbangan, kawalan dan keyakinan. Memberikan pengalaman memandu yang lancar dan responsif — selesa menyusuri jalan-jalan sekitar kota, terkawal menempuh lebuh raya.
Keseronokan, BYD SEAL 6 EV direka cipta untuk mengembalikan keseronokan memandu. Dengan kabin mewah yang senyap, reka bentuk ergonomik dan daya keterhubungan lancar, setiap perincian meningkatkan keselesaan dan menambah baik pengalaman.
Penjajaran, kejituan dan keseronokan digabungkan untuk menjanjikan hubungan sebenar dengan setiap pemanduan.

Jeffrey Gan, Pengarah Urusan Sime Motors, Asia Tenggara, berkata, “BYD SEAL 6 EV menetapkan satu lagi penanda aras bagi kenderaan elektrik di Malaysia — menggabungkan reka bentuk menarik, inovasi terkini dan ciri-ciri kegunaan harian yang praktikal.
Sebagai model ketujuh dalam barisan BYD, kenderaan ini terus menarik hati kumpulan pelanggan yang luas dan pelbagai dengan segala pilihan menambat minat yang disediakan.
Selepas pelancaran hari ini, kami yakin bahawa lebih ramai rakyat Malaysia akan mula menerima pakai pengangkutan elektrik — disokong oleh rangkaian cawangan kami yang semakin luas dan komitmen tidak berbelah bahagi kami kepada kecemerlangan lepas jualan.
Setiap model baharu yang kami perkenalkan membawa kami selangkah lebih hampir untuk mencapai wawasan pengangkutan masa depan yang lebih bersih dan pintar di Malaysia.”

Eagle Zhao, Pengarah Urusan BYD Malaysia, turut mengulas, “Dengan BYD SEAL 6 EV baharu, kami ingin memperlihatkan kenderaan elektrik yang canggih tetapi termampu. Model ini menggabungkan harga yang berpatutan dengan daya pergerakan jarak jauh dan ciri teknologi pintar, menjadikannya pilihan menarik untuk pemanduan harian. Saya percaya keseimbangan nilai dan inovasi ini akan mendorong lebih ramai pelanggan untuk beralih kepada pengangkutan elektrik.”
BYD SEAL 6 EV mentakrifkan semula sedan segmen-C di Malaysia, menggabungkan teknologi kenderaan elektrik terkini, reka bentuk moden dan keselesaan luar biasa. Kenderaan ini menjanjikan pengalaman memandu yang dinamik tetapi mewah, dengan ciri-ciri premium dan praktikal yang sesuai untuk perjalanan di sekitar kota dan juga jarak jauh.
BYD SEAL 6 EV – 6 Ciri Terbaik Dalam Kelas

Pengendalian Luar Biasa, Pengalaman Memandu Selesa dan Menarik.
1. Pertama di BYD: Topang (strut) MacPherson Dwisendi Bebola + Suspensi Belakang Berbilang Pautan.
2. Pacuan Roda Belakang (RWD): Ciri unik dalam segmen ini, memberikan sentuhan premium gaya sukan.
3. Saiz terbesar dalam kelas sedan segmen-C di Malaysia.
4. Pengendalian unggul: Pengagihan berat lebih seimbang dengan jejari pusingan kecil 5.5 meter.
5. 24 ruang simpanan pintar & kapasiti kargo tergabung 525L untuk kemudahan harian.
6. Keterujaan kuasa: Kuasa 160 kW, tork 330 Nm, 0–100km/j dalam masa 7.5s dengan 3 mod pemanduan.
Tawaran Produk di Malaysia:


BYD Sime Motors Perkukuh Kedudukan Di Seluruh Negara Dengan Peluasan Rangkaian Cawangan Berterusan
BYD Sime Motors terus meluaskan rangkaian jualan runcit dan pusat servis dengan 37 cawangan yang kini beroperasi di seluruh Malaysia dan sasaran untuk mencapai 50 cawangan menjelang akhir 2026. Sejak pengenalannya di pasaran Malaysia, BYD Sime Motors telah mencecah jualan lebih dari 20,000 unit, mencerminkan kekuatan dan keyakinan pengguna terhadap jenama ini.
Rangkaian seluruh negara yang semakin luas ini memastikan pelanggan boleh mendapatkah perkhidmatan sokongan jualan dan lepas jualan yang dipercayai dengan lebih mudah, di samping penyelesaian pengecasan, lantas mengukuhkan komitmen Sime Motors untuk menggalakkan penggunaan EV dalam jangka panjang di Malaysia.

Tempahan bagi BYD SEAL 6 EV boleh dibuat di cawangan BYD di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://byd.simemotors.my/ atau ikuti BYD Sime Motors di https://www.facebook.com/BYDCarsMalaysia dan https://www.instagram.com/bydcarsmalaysia/. Untuk pertanyaan, sila hubungi Perkhidmatan Pelanggan BYD Sime Motors di 1300-38-1888.