Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Lekir Umum Ultras Malaya
Gambar: Instagram capoapparel_lekir

“Capo” Lekir Umum Tidak Lagi Bersama Ultras Malaya

Iqbal Yasir

“Capo” Lekir Umum Tidak Lagi Bersama Ultras Malaya

Dalam dunia bola sepak tempatan, nama Capo Lekir atau Mohd Ridzuan Ahmad tidak asing lagi.

Beliau merupakan figura penting di sebalik gerakan Ultras Malaya, yang dikenali sebagai ‘Ekor Harimau Malaya’.

Namun, hari ini, peminat bola sepak tanah air dikejutkan dengan pengumuman persaraan Lekir daripada Ultras Malaya selepas hampir dua dekad mengabdikan diri.

Melalui satu hantaran di Instagram miliknya, Lekir mengungkapkan betapa besar cintanya terhadap Ultras Malaya sejak penglibatannya bermula pada tahun 2007.

Kredit: Bernama

“Sampai sudah masa untuk saya memulangkan semula nama Ultras Malaya (UM), sebuah Gerakan Anak Bangsa yang saya tumpahkan seluruh jiwa raga selama ini hingga menjadi sinonim dengan diri.

“Menoktahkan langkah semasa komplot UM Jun lalu, meleraikan segala yang berkaitan dengan Gerakan ini. Dengan 11 sub bersuara secara kolektif di kedepan ini, UM terus menjadi paksi ke-12 Harimau Malaya.

“Kini masa untuk UM tanpa saya, saya tanpa UM. Apa saja yang berlaku sepanjang dari titik awal transformasi HarimauMalayadotCom (HMC) ke gerakan secara fizikal Ultras Malaya (UM), saya mohon ampun dan maaf andai ada tersalah kata tersilap bicara tercanggung urus terjelek perbuatan.

“Segala pahit manis yang berlaku adalah asam garam naik turun sebuah Gerakan,” luahnya dalam hantaran tersebut.

Pengumuman ini nyata membuat ramai sebak, terutamanya peminat bola sepak tanah air yang kehilangan figura penting dalam ‘Ekor Harimau Malaya’.

Ruangan komen dibanjiri dengan penghargaan terhadap dedikasi Lekir selama ini.

“Selamat berehat, terima kasih Cip atas segala pengorbanan,”

“Auto sepi stadium lepas ni,” luah seorang pengguna,”

“Tabik hormat untuk segala usaha yang telah diberikan untuk bola sepak Malaysia,”

Walaupun kepergian Lekir meninggalkan ruang yang besar, semangat Ultras Malaya yang telah dibina akan terus hidup dan bergema di setiap perlawanan Harimau Malaya.

Kini, Ultras Malaya bakal melangkah ke era baharu, dan seluruh penyokong setia berharap agar gerakan ini akan terus gah tanpa Lekir, yang telah meninggalkan legasi besar buat bola sepak Malaysia.

BACA: Pemuda Kongsi ‘Hidup Senang’ Sebagai Penoreh Getah, Kewangan Stabil Sebab Amal Kaedah Ini

BACA: Teruja Nak ‘Unboxing’, Netizen Simpati Wanita Warga Emas Kecewa Dapat ‘Periuk Nasi Mini’

Sumber: Instagram capoapparel_lekir