Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Cara Hilangkan Kabus Cermin Depan Kereta
Mesti ramai pemandu kenderaan pernah alami masalah cermin kereta kabur lagi-lagi ketika hujan lebat atau waktu pagi dan malam kan?
Perkara ini sudah tentunya akan membuatkan pandangan cermin jadi kabur sehingga laluan yang nak dilalui susah dilihat.
Secara tidak langsung, ia boleh menggangu fokus pemandu sewaktu memandu, malah ada yang mengambil inisiatif memandu sambil lap cermin kerana tidak dapat melihat jalan di hadapan.
Mungkin ia kelihatan remeh, namun situasi ini kadangkala boleh menjadi punca berlakunya kemalangan jalan raya.
Apatah lagi, Malaysia kini sering dilanda hujan akibat Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka berterusan sehingga Mac depan.
Sehubungan itu, SK ingin berkongsi cara menghilangkan kabus cermin depan kereta menerusi perkongsian @altimatautogarage di TikTok.
Cara Selamat Hilangkan Kabus Cermin Kereta
Tips Hilangkan Kabus Cermin Kereta Semasa Hujan
Hilangkan Kabus Cermin Depan Kereta dengan Mudah! Tengah drive time hujan dan cermin berwap? Jangan panik! Elakkan lap cermin sambil memandu, bahaya! Ini cara selamat untuk hilangkan kabus:
1. Cari butang “defogger” (penyahkabus) pada panel aircond kereta anda.
2. Pusing tombol defogger ke simbol yang betul.
3. Defogger akan tiup udara ke cermin depan dan hilangkan kabus dengan cepat.
4. Bila cermin dah clear, tukar balik mode aircond ke asal untuk keselesaan. Selamat memandu!

Semoga perkongsian ini memberi manfaat.
Sumber: TikTok @Altimat Auto Garage