Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Sewa Bateri Perodua, Ini Yang Anda Perlu Tahu

Azmil
Sewa Bateri Perodua
PANDULAJU

Sewa Bateri Perodua, Ini Yang Anda Perlu Tahu

Semalam industri automotif nasional mencatat satu lagi sejarah apabila Perusahaan Otomobil Kedua (Perodua) melancarkan kereta elektrik pertama mereka diberi nama Perodua QV-E.

Harga jualan yang diumumkan adalah RM80,000 dan tidak termasuk langganan bateri. Jarak pemanduan mencecah 380km (WLTP) untuk sekali cas penuh.

Perodua QV-E datang dengan dua pilihan warna iaitu Ice Blue dan Cavier Grey.

PANDULAJU

Apa yang unik dengan Perodua QV-E ini, Perodua memperkenalkan skim Battery-as-a-Service (BaaS) iaitu skim langganan sewaan bateri. Ini adalah skim sewaan bateri EV pertama dijalankan di Malaysia.

Hari ini SK ingin berkongsi secara terperinci butiran mengenai pelan sewaan bateri yang dikeluarkan oleh Perodua.

Konsep Pajakan

Perodua menyewakan unit bateri untuk digunakan dalam Perodua QV-E tetapi hak milik bateri kekal milik Perodua sepanjang masa.

Penyewa perlu mebayar kadar sewaan secara bulaan untuk menggunakan bateri sepanjang tempoh pajakan.

Manakala, Perodua QV-E pula dijual secara berasingan dan tidak termasuk dalam pajakan ini.

Penyewa boleh memulangkan semula bateri ini kepada Perodua selepas tamat tempoh pajakan atau boleh juga melanjutkan tempoh pajakan dengan perjanjian yang baharu.

Yuran Dan Caj

Bayaran pendahuluan berbentuk tiga bulan sewaan berjumlah RM825 tidak termasuk 8% SST perlu dibayar semasa perjanjian dilaksanakan.

Sewaan bulanan tetap RM275 sebelum SST 8% perlu dibayar pada atau sebelum hari ke-5 setiap bulan.

Fi 1% akan dicaj ke atas jumlah sewaan yang tertunggak untuk penyewa yang lewat membuat bayaran.

Kaedah Pembayaran

Ada pelbagai kaedah bayaran yang ditawarkan iaitu boleh digabungkan dengan ansuran pembiayaan kenderaan melalui institusi kewangan yang mengambil bahagian

Selain itu, boleh juga membuat potongan automatik melalui institusi kewangan yang mengambil bahagian

Bayaran juga boleh dibuat terus kepada Perodua melalui aplikasi mudah alih Perodua atau mana-mana saluran yang diluluskan oleh Perodua.

Jaminan Perodua

Kelebihan Sewaan Bateri

Perodua memberi jaminan State of Health (SoH) bateri yang disewa akan sentiasa kekal 70% ke atas.

Penggantian bateri secara percuma akan dibuat jika SoH bateri jatuh bawah peratus minimum iaitu bawah 70%.

Perodua juga akan menanggung perlindungan takaful untuk unit bateri yang disewakan sepanjang tempoh pajakan.

Tiada caj tambahan untuk penyelenggaraan bateri dan penyewa hanya akan dicaj sekiranya bateri disalah guna atau pembaikan atnpa kebenaran.

Tanggungjawab Penyewa

Penyewa perlu bayar sewaan bulanan tepat pada masanya iaitu pada atau sebelum tarikh yang ditetapkan.

Bateri hanya boleh digunakan pada EV Perodua sahaja dan penyewa perlu mematuhi jadual servis Perodua serta selnggara menikut Manual Pemilik.

Penyewa dilarang menjual, menyewakan, memindah milik, mengusik atau cuba membaiki bateri atau menggunakan bateri untuk tujuan ride-hailing, komersial atau apa-apa tujuan yang menyalahi undang-undang.

Maklumkan kepada Perodua dengan kadar segera jika berlaku kemalangan, kerosakan, kecurian atau lain-lain insiden.

Penyewa juga perlu memastikan kenderaan (Perodua QV-E) sentiasa dilindungi di bawah polisi takaful motor komprehensif.

Apa Jadi Jika Gagal/Lambat Bayar Sewa?

Perodua akan mengeluarkan notis sekiranya penyewa lambat atau gagal membayar sewaan bulanan.

Jaminan prestasi bateri akan digantung atau dibatalkan serta Perodua boleh melumpuhkan (disable) fungsi start kenderaan atau operasi bateri selepas 2 bulan gagal bayar sewaan.

Perjanjian sewaan akan ditamatkan serta merta sekiranya penyewa gagal bayar sewa selama 3 bulan.

Apa Akan Berlaku di Akhir Tempoh Pajakan?

Penyewa akan diberi pilihan untuk melanjutkan perjanjian sewaan dengan kontrak yang baharu dan bateru dengan SoH yang lebih tinggi akan diganti.

Jika SoH bateri masih di atas 70%, penyewa boleh meneruskan penggunaan bateri tanpa perlu membayar apa-apa bayaran bulanan.

Kesimpulan

Kaedah sewaan bateri ini pertama kali diperkenalkan oleh jenama automotif tempatan. Mungkin reaksi yang kita boleh lihat agak negatif untuk sesetengah netizen.

Perodua mungkin perlu menjelaskan secara berkesan dengan lebih terperinci mengenai BaaS ini.

SK percaya jika maklumat dapat disampaikan dengan berkesan, ramai yang berminat untuk memiliki Perodua QV-E iaitu kereta elektrik pertama buatan Malaysia.

Maklumat Lanjut klik SINI

Sumber: Perodua

BACA JUGA