Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Cara Tambah Tag Nama Dalam Kumpulan WhatsApp

Sofea
cara tambah tag nama
Kredit: AFP/ WhatsApp

Cara Tambah Tag Nama Dalam Kumpulan WhatsApp

Tamat sudah cuti sekolah, semua ibu bapa kini pastinya sedang sibuk menguruskan kemasukan sekolah anak-anak.

Selain memastikan segala kelengkapan pembelajaran anak-anak serba lengkap, ibu bapa juga kebiasaannya akan sentiasa berhubung dengan guru untuk mengetahui tentang hal ehwal sekolah.

Di zaman yang serba canggih ini, komunikasi antara guru dan ibu bapa menjadi lebih mudah apabila adanya aplikasi WhatsApp.

Biasanya, guru kelas akan memasukkan nombor ibu bapa ke dalam satu kumpulan dan menghantar segala maklumat serta pengumuman di situ.

BACA: Hairan, Kenapa Burung Terbang Dalam Formasi V?

Bagaimanapun, ada juga sesetengah guru yang tidak menyimpan nombor ibu bapa kerana mungkin faktor jumlah yang ramai.

Jangan risau, WhatsApp kini ada ciri khas yang membolehkan pengguna untuk menambah tag nama di dalam kumpulan.

Jadi, ibu bapa boleh menambah nama anak untuk memudahkan guru-guru mengenali anda. Berikut caranya:

Cara tambah tag dalam kumpulan WhatsApp

Mudah saja, anda perlu buka bahagian Info Kumpulan terlebih dahulu, skrol ke bawah dan pergi ke senarai ahli kumpulan.

Di bahagian nama anda, klik pada Tambah Tag Ahli.

Kemudian, tulis nama anak anda di ruangan yang disediakan dan tekan Simpan.

Selesai, tag ini akan muncul di bawah nama atau nombor anda ketika berkomunikasi dalam kumpulan.

Jika anda ingin menyunting atau memadam tag tersebut, tekan pada bahagian nama anda dan pergi ke Sunting Tag Ahli.

Menurut WhatsApp, panjang maksimum tag ialah 30 aksara dan tidak boleh menggunakan simbol, tanda semak atau pautan.

BACA JUGA: Cara Aktifkan SPayLater Motorcycle

BACA JUGA: Cara Daftar eKasih & Syarat Kelayakan Terkini

Bagi yang tiada ciri Tambah Tag Ahli, anda mungkin perlu mengemas kini aplikasi WhatsApp terlebih dahulu.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Sumber: WhatsApp