Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Casio Computer Co., Ltd. mengumumkan kolaborasi bersama platform permainan metaverse Web3, The Sandbox, menerusi projek VIRTUAL G-SHOCK yang menampilkan jam tangan tahan lasak ikonik, G-SHOCK.
Bermula 3 September ini, pengguna bakal menikmati kandungan permainan maya bertemakan dunia G-SHOCK, termasuk pelancaran NFT edisi terhad dan avatar digital.
Projek ini merupakan kesinambungan inisiatif VIRTUAL G-SHOCK yang dimulakan pada tahun 2023, dengan matlamat untuk memperkenalkan pengalaman baharu kepada peminat jenama ini melalui integrasi teknologi blockchain, penciptaan kandungan digital dan penglibatan komuniti pengguna dalam dunia Maya.
Antara tarikan utama kolaborasi ini ialah pelancaran G-SHOCK City di dalam platform The Sandbox, sebuah ruang maya percuma yang menawarkan pengalaman interaktif berasaskan kekuatan dan daya tahan jam G-SHOCK. Pengunjung boleh:
Menyertai perlumbaan survival yang diinspirasikan daripada ujian ketahanan sebenar G-SHOCK
Meneroka sejarah G-SHOCK dalam bentuk permainan pengembaraan
Membeli item dan avatar NFT yang direka berasaskan reka bentuk ikonik jam tangan G-SHOCK
Tarikh pelancaran G-SHOCK City dijadualkan pada 24 September 2025, dan akan menyokong sistem operasi Windows dan Mac.

G-SHOCK City Experience di The Sandbox
G-SHOCK Droid Collection: Avatar Robotik Eksklusif Sebagai sebahagian daripada pelancaran ini, Casio turut memperkenalkan koleksi avatar rasmi berbentuk robot, diinspirasikan daripada 5 model ikonik G-SHOCK:
DW-5600
DW-6900
GA-110
GA-2100
GA-V01 (reka bentuk bersaiz besar dan berani)
Setiap avatar ditawarkan dalam pelbagai tahap kelangkaan (rarity) Common, Uncommon, Rare, Epic, dan Legendary dengan harga bermula daripada 19 SAND hingga 399 SAND, mata wang digital rasmi dalam platform The Sandbox.
Pendaftaran Allowlist (pengguna awal): 5 Ogos 2025, jam 2:00 petang (UTC)
Tarikh jualan rasmi bermula: 3 September 2025, jam 2:00 petang (UTC)
Menurut Sebastien Borget, Pengasas Bersama The Sandbox:
“Kami teruja menerima kehadiran Casio G-SHOCK sebagai jenama jam pertama dalam The Sandbox. Kolaborasi ini membuka peluang kepada pengguna untuk mengekspresikan gaya dan identiti dalam dunia metaverse secara unik dan berinteraktif.”
Sementara itu, Takahashi Oh, Pengarah Eksekutif dan Pengurus Besar Bahagian Jam Tangan Casio pula berkata:
“Melalui kerjasama ini, kami bukan sekadar memperkenalkan reka bentuk G-SHOCK dalam bentuk avatar, malah turut mengetengahkan kekuatan dan daya tahan jenama ini dalam bentuk permainan maya yang menarik.”
Kemunculan G-SHOCK dalam dunia metaverse bukan sekadar evolusi digital bagi jenama ikonik ini, tetapi turut mencerminkan bagaimana teknologi Web3 membuka ruang baharu untuk interaksi pengguna, gaya hidup dan penghargaan terhadap nilai jenama secara Maya.
Dengan kandungan permainan yang menghiburkan, koleksi avatar unik, dan NFT eksklusif, kolaborasi antara Casio dan The Sandbox dijangka mencipta pengalaman digital yang menarik bagi peminat lama dan pengguna baharu G-SHOCK di seluruh dunia.