Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Generali Insurance Malaysia Berhad hari ini mengumumkan pelancaran cawangannya yang telah diubah suai di pusat bandar Sandakan, sekali gus menandakan pencapaian penting dalam usaha mengukuhkan komitmen dan kehadiran syarikat ini di Malaysia Timur.
Seiring kemajuan Sandakan sebagai pusat kebudayaan, perdagangan dan pemuliharaan, Generali Malaysia kekal komited untuk menjadi rakan yang dipercayai dalam aspek perlindungan dan pembangunan. Syarikat ini mengiktiraf nilai berterusan perkhidmatan dengan sentuhan manusia dalam era digital, dan percaya bahawa penyampaian penyelesaian insurans yang menyeluruh dan inovatif perlu turut disertai dengan sokongan peribadi melalui interaksi praktikal. Cawangan Sandakan yang baru diubah suai membuktikan kepercayaan ini, dengan menawarkan ruang yang mesra dan selesa demi membolehkan Generali Malaysia menyampaikan perkhidmatan kepada pelanggan secara bersemuka, memahami keperluan khusus mereka serta menawarkan penyelesaian insurans yang bersesuaian.
Majlis perasmian telah diserikan dengan kehadiran Tang Szu Ching, Penyelaras Parlimen Sandakan bersama Fabrice Benard, Ketua Pegawai Eksekutif Generali Insurance Malaysia Berhad, pasukan pengurusan, ejen, rakan niaga serta para pelanggan.
“Di Generali Malaysia, kami sentiasa komited untuk memenuhi pelbagai keperluan rakyat Malaysia, dan pelaburan kami di sini mencerminkan keyakinan kukuh kami terhadap potensi pertumbuhan serta kepentingan Sandakan ─ sebuah hab perdagangan utama dan laluan ke pantai timur Sabah. Kami memahami keunikan dinamik masyarakat tempatan, dan dengan mengukuhkan kehadiran kami di Sandakan, ia membolehkan kami berada lebih dekat dengan penduduk setempat serta melindungi perkara-perkara yang penting bagi mereka,” kata Fabrice Benard, Ketua Pegawai Eksekutif Generali Insurance Malaysia Berhad.
Cawangan Generali Malaysia di Sandakan akan terus menawarkan rangkaian lengkap penyelesaian produk insurans am termasuk insurans perubatan dan kesihatan, kenderaan, rumah, perjalanan, kemalangan diri dan perniagaan, yang disesuaikan mengikut keperluan serta kemampuan individu, keluarga dan perniagaan di rantau ini.
Cawangan ini kini dibuka dan sedia untuk beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat, dari jam 8:45 pagi hingga 5:00 petang (tidak termasuk cuti umum). Untuk maklumat lanjut, sila lawati penjejak lokasi cawangan Generali Malaysia di www.generali.com.my